Got a job~

Finally...

I got a chance to work! Aku dah sah diterima bekerja, bermula hari Isnin, 8 Februari ni. Permohonan yang aku hantar pada hari Selasa [02 Feb] mendapat respon segera pada keesokkannya. Dan aku telah menghadiri interview pada hari Khamis [04 Feb]. Offer letter terus dikeluarkan pada 05 Februari. Aku telah di-interview untuk 3 position, tapi hanya 2 wakil department sahaja yang interview aku. Dan...soalan-soalan yang ditanya juga di luar jangkaan aku. Apa pun, itu satu pengalaman berharga buat aku dan aku sudah pun diterima bekerja. (^,^)v Yang pastinya...bidang yang aku ceburi ini di luar bidang pengajian aku [dari admin ke customer service]. Moga segalanya baik-baik sahaja. Mencari pengalaman bekerja dalam bidang telekomunikasi...diharapkan ada sesuatu yang berharga menanti aku di hadapan~

Comments

Popular Posts