Whoaa!

Fuhyooo...lama tak update blog! Busy sangat ke? FB boleh je online hari-hari. Hehee. So many things happened in the past few months...I had difficult phase in my life chapter, that is why I kept myself silent for a while. Felt demotivated and frustrated. Alhamdulillah...now I'm getting better than before. Experience has firmed myself. Wish to be more stronger in days ahead. So, what's new? =)

Tahun 2010 dah 5 bulan melabuhkan tirainya. Aku juga dah menjejak ke usia suku abad pada 2 Mei yang lalu. Tak ada sebarang majlis mahupun sambutan. Cuma ucapan-ucapan di FB dari kawan-kawan baru dan lama. Tahun ni hari lahir aku berlalu dengan hambar.

Sedar tak sedar...dah hampir 4 bulan aku berhenti daripada firma guaman. Banyak perkara yang tercatat sepanjang 'penyepian' aku daripada menulis blog ni. Banyak juga episod duka yang tercoret dalam kisah hidup aku tahun lepas. Sedih, terkilan, hampa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengerti. Walau sakit hati mengenangkan apa yang terjadi, aku cuba menerima seadanya. Hilangnya 'penyeri hati'...hilangnya kepercayaan kepada rasa yang bernama 'cinta'...hilangnya kasih sayang dalam keluarga...tak tertulis rasanya apa yang berlaku.

Tahun 2011 menyaksikan aku beralih jodoh dalam bidang pekerjaan. Sebaik sahaja berhenti daripada firma guaman...aku menerima tawaran bos lama aku masa tahun 2006 dulu. Alhamdulillah, seminggu je aku 'tanam anggur'...dah datang rezeki Allah. Dari setiausaha guaman...aku bertukar kerjaya sebagai eksekutif pentadbiran. Walaupun small firm je...aku 'tenang' dengan kehidupan baru. Pekerjaan baru membawa aku ke Cheras dan mula menyewa di sana. Masih teringat situasi tegang yang tercetus akibat menyuarakan hasrat untuk duduk sendiri, berpisah daripada family. Pertelagahan antara ibu dan anak...cukup-cukup dramatik. Alhamdulillah...mama semakin menerima dan memahami kini. Thanks mama!

Namun apakan daya...aku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari buta. Dek kerana kemelut 'politik pejabat' yang entah apa-apa...aku terputus jodoh dengan pekerjaan tersebut. Cukup menjengkelkan...mana perginya sifat profesionalisme seorang majikan terhadap pekerja? Aku buat keputusan mengejut untuk kebaikan semua pihak. Allah jua Yang Maha Mengetahui...

Well...now I am here. Small firm in Cheras area juga. Nothing much changed...cuma environment sahaja yang berbeza. Alhamdulillah...selepas 2 minggu menenangkan diri...aku menerima tawaran baru untuk bekerja. Bersyukur sangat-sangat...dalam kepayahan insan lain mendapatkan pekerjaan, aku cukup bernasib baik. Maka, di sinilah aku ketika ini...dengan satu tujuan dan matlamat, moga aku berjaya dalam apa jua perkara yang aku ceburi. Banyak perkara yang aku lalui...membuka mata dan minda aku. Life isn't easy...but it's not a reason to giving up. Sesungguhnya pengalaman dan sejarah adalah guru terbaik manusia~~


Comments

Popular Posts