!XPDC Gunung Datuk!

Fuh! Sengal-sengal segala sendi...tegang-tegang juga segala otot badan aku selepas 'bersusah-payah' manawan puncak Gunung Datuk pada misi dua hari dua malam di Rembau. Dalam 'kekecohan' demonstrasi haram BERSIH yang dijadualkan akan 'menghuru-harakan' bandar KL pada 9 Julai yang lepas (dah pun berlaku ketika post ini ditaip)...aku dan kawan-kawan mendaki membawa diri ke luar KL pada malam hari Jumaat, 8 Julai dengan misi latihan terakhir sebelum ke Gunung Tahan. Walaupun aku tak terbabit untuk misi Gunung Tahan tu, aku ikut sekadar untuk suka-suka dek kerana minat aku yang sukakan aktiviti mencabar dan juga suka 'mencabar' diri sendiri. Pasal demonstrasi tu...aku malas nak kupas-kupas kat sini. Walau pun tak setuju dengan apa yang telah berlaku, lebih baik aku kongsikan pengalaman aku mendaki ni. Tak adalah 'serabut perut', bak kata orang Kelantan. XPDC 3D2N: 8-10 Julai 2012.

Misi ke puncak berjaya meskipun dah lebih 9 bulan aku 'berehat' daripada aktiviti mendaki. Kali terakhir aku mendaki pun di Hutan Lipur Air Terjun Jerangkang, Kuantan pada bulan September 2010. Tak terkata aku dengan pengalaman kali ini. Apa pun, alhamdulillah...aku selamat pergi dan pulang, segalanya baik-baik...cuma aku 'dihadiahkan' dengan cramp di kedua-dua belah peha kiri dan kanan pada malam aku sampai di camp site berhampiran laluan ke puncak. Untuk beberapa minit aku 'menderita' melawan sakit yang keterlaluan sehinggalah aku menjerit dan menangis tak berlagu. Mujur laa ada kawan-kawan, sama-sama diorang menenangkan aku yang kesakitan. First time kena...mahunya aku panik!!

Untuk pengalaman kali ni...track yang aku lalui mengingatkan aku pada ekspedisi pendakian ke Bukit Kutu pada 2006 (ketinggian 1100m / 3600 kaki) dan Gunung Ledang pada Mei 2009 ketinggian 1276m / 4187 kaki). Kali ni aku berdepan dengan Gunung Datuk yang berketinggian 885 meter / 2900 kaki. Walaupun tak setinggi 2 gunung yang pernah aku daki sebelum ni...tapi track laluannya boleh tahan 'mencabar' kepala otak beginner seperti aku yang cuma setahun sekali jejak gunung. Hehehe. Kali ni aku mendaki dengan beban beg yang beratnya lebih kurang 10-15 kg. Ringan ke yek? In first 15 minutes, dada aku dah rasa macam nak meletup...dengan rasa mual yang melonjak-lonjak. Fuh! Punya laa aku tak puas hati...awal-awal aku dah rasa 'semacam'. Aku berusaha keras memujuk mental fizikal aku supaya kekal meneruskan perjalanan sehingga ke akhirnya. Walaupun aku banyak kali berhenti dek kerana 'cabaran' laluan yang aku tempuh dan rasa kejang yang mengacah-acah kaki...akhirnya aku tiba juga di puncak selepas hampir 3 jam mendaki. Rasanya kalau aku tak banyak berhenti mungkin kurang sikit masa. Apa pun, aku akui...mungkin sebab lama dah tak mendaki, badan aku terkejut yang amat-amat...! Baju basah lenjun, dengan bau masam yang terbit...tak usah cakaplah. Kambing gurun pun baunya lebih sedap daripada bau kami time tu. Kuikuikui! Kalau diperah baju aku tu...boleh dapat segelas penuh air peluh. :-p

Alhamdulillah..perjalanan lancar sepanjang pendakian. Kerap kali juga berselisih dengan pendaki-pendaki lain yang kebanyakannya kaum Cina. Aku cukup kagum dengan kelincahan diorang mendaki...macam jalan-jalan santai, nampak steady aje. Habis semua pendaki kami tegur dan berbalas-balas soalan. It's a part of psychology...dalam keadaan mental dan fizikal yang betul-betul 'tertekan' dengan jarak perjalanan yang tak diketahui jauh mana dan kesulitan yang tidak diketahui sukar mana untuk ditempuh...setidak-tidaknya dengan berbalas senyum dan bertegur sapa dengan pendaki yang turun boleh 'mengalihkan' perhatian sekejap. Aku dan 2 lagi kawan meneruskan saki baki perjalanan...sementara lagi 2 orang yang agak 'fit' sudah pun laju meninggalkan kami di belakang.

Beberapa gambar dapat aku abadikan di sini...walau pun aku sebenarnya lebih suka ambil gambar ketika pendakian. Malangnya, sepanjang mendaki tu laa kamera aku simpan dalam bagpack sebab aku tak bawa small porch bag aku. Padanlah muka~~


Ini pacat yang bertanggungjawab 'mendarahkan kaki' kawan aku. Rezeki dia. Hehee...

Semut ni besar sikit je lagi daripada kerengga. Kalau kena sengat....

Lepak sekejap di sungai. Memulakan eksperimen kamera digital yang tak seberapa~

Acey cey...kekonon cari 'angle' yang baik laa ni...

Muahaha! Amacam? Sampai gambar batu pun aku nak amik? Seni itu indah! Kikikii~~

Iklan sat! Hehehe...

Ini laa 'dapur' kami~


Makan tengahari. Nampak je sempoi...tapi dah cukup menyelerakan~

Aku sedang mengemas beg~

Hanya 5 pendaki untuk 1 misi latihan~

Sempat lagi bergambar dalam perjalanan. Hehee...

Misi terakhir, pendakian ke puncak!

Serius! Lutut aku ketar melampau time ni! Aku hiper-gayat! Tapi senyum cover baik punya...

Muka puas!

Selesai sudah misi menawan puncak! Insya Allah akan dikunjungi lagi sekiranya aku 'rindu' lagi~ :-p

Comments

Popular Posts