09-02-13: Konsert Dimensi Rockarisma 2013
Atas kesempatan yang ada, aku melapangkan diri ke negeri Johor Darul Takzim untuk satu show di sana. Gabungan 3 band dengan nama yang sudah pun sebati kepada bagi peminat-peminat rock tanah air - Sweet Charity, Lefthanded & May. Ini show paling jauh yang pernah aku jejak setakat ini (sehingga entry ini ditaip), setelah perancangan ke Singapura tahun 2012 untuk satu show di sana tidak berjaya. Seperti biasa, sambil layan hiburan, kita belajar kaji gelagat manusia dan suasana persekitaran juga ye.
Konsert Dimensi Rockarisma telah diadakan di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu.
Flyers promosi~
Dari kiri: Man Keedal (Lefthanded), Nash (Lefthanded), Mus (May) & Ramli Sarip (Sweet Charity)
Sumber foto: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/20/mstar_hiburan/20121119185302&sec=mstar_hiburan
Dari kiri: Man Keedal (Lefthanded), Nash (Lefthanded), Mus (May) & Ramli Sarip (Sweet Charity)
Sumber foto: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/20/mstar_hiburan/20121119185302&sec=mstar_hiburan
Suasana konsert. Di awal waktu~
May dengan persembahan pembukaan dan Mus sebagai vokalisnya. Aku sebenarnya dah lupa apa lagu-lagu yang dibawakan May pada waktu ni. Lambat sangat naikkan entry. Hehehee....
Lefthanded. Man Keedal sebagai trademark utama Lefthanded. Tak dapat disangkal kehebatan gitaris senior ini bila beraksi. Sayangnya tak dapat capture banyak gambar. Nash selaku vokalis. Lagu kegemaran aku dari Lefthanded - Pada Syurga Di Wajahmu & Ku Di Halaman Rindu. Jujur aku kata, aku bukan peminat 'fanatik' rock. Aku tak tahu sejarah lagu-lagu mereka ni. Yang pastnya 2 lagu kegemaran tu yang memperkenalkan aku kepada Lefthanded. Lagu lain yang aku ingat, Tiada Lagi Kidungmu & Debunga Wangi. Oh ye, dalam gambar ni Yan yang menyanyi.
Sweet Charity. Band paling 'otai' selain Blues Gang. Aku pernah hadiri Konsert 2 Raksasa Sweet Charity & Blues Gang di Stadium Merdeka tahun 2011. Memang best! Kali ni bertemu lagi dengan Sweet Charity. Ramli Sarip mengemudi konsert dengan bersahaja seiring dengan pengalaman beliau di pentas muzik. Lagu kegemaran aku Sejuta Wajah, Jangan Tunggu Lama-Lama & Kamelia. Lagu-lagu lain pun menyengat. Masa ni ketara semua penonton enjoy the show. Band yang paling dinantikan. Ada aku lihat pakcik-pakcik yang datang bersama isteri dan family, sama-sama goyangkan badan menikmati muzik dan lagu. Mengimbau zaman muda barangkali. (Oh skemanya ayat aku.)
Nah, layan dulu nyanyian Papa Rock. Jangan Tunggu Lama-Lama & Zakiah.
Sumber: YouTube. *Ini bukan video semasa konsert yang diceritakan dalam entry ini ye*
Nah, layan dulu nyanyian Papa Rock. Jangan Tunggu Lama-Lama & Zakiah.
Sumber: YouTube. *Ini bukan video semasa konsert yang diceritakan dalam entry ini ye*
Aku berdiri jauh di belakang dari kesesakan manusia. Namun tetap dapat menikmati muzik dengan sebaiknya. Sweet Charity paling mendapat sambutan dan sorakan gemuruh peminat. Ahah. Gitaris menyengatnya, Rosli Mohalim. Terbaik dari ladang.
Di konsert ni, aku bertemu dengan rakan baru dari Singapura. Miss Lynn. Datang bersama hubby, sporting couple. Parent of 2 kids. So nice of her. Tak sombong. Very soft spoken.
Persinggahan singkat di Johor Bharu selama 2 hari. Bertolak Sabtu pagi ke JB, kembali ke KL Ahad petang. Aku suka travel. Satu kepuasan. Kalau ada rezeki lebih dan ruang waktu, aku nak kembara ke lebih banyak tempat. In shaa Allah.
#notakaki: Ingin aku perbetulkan tanggapan manusia-manusia yang memandang serong kepada perkataan KONSERT dan muzik ROCK. Masih ada insan yang suka perli dan hina 2 perkara ni. Kepada yang BELUM PERNAH jejak pada mana-mana konsert dan TAK PERNAH MINAT muzik rock...just please shut your mouth up, lah. Yang nampak 'bersih' penampilan dan 'suci' perwatakan, belum tentu lagi MULIA dalam sejarah hidupnya di dunia. Yang putih belum tentu suci, yang hitam belum tentu hina. Rockers pun tahu sujud kepadaNYA.
Comments
Post a Comment