Double Celebration: Happy Chinese New Year & Selamat Hari Wilayah 2014!

Holla!

Kembali menghiasi blog sendiri setelah beberapa bulan terbiar hanyut di lautan sepi. Eheh. Macam lirik lagu Kak Ramlah je. "Cintaku...hanyut...di lautan sepiiiiiiii....!!" *terkeluar anak tekak* Mihmihmih.


Seronok cuti-cuti ha warga KL. Cuti Hari Wilayah berlaga dengan cuti Tahun Baru Cina. Ganti bergantilah jawabnya. 31 Januari 2014 - 3 Februari 2014. Jumaat sampai Isnin. 4 hari tu cukuplah kan kan. Tak perlu tambah-tambah cuti lagi. Boleh simpan cuti untuk kahwin. Eh eh?



Dalam cuti-cuti ni kerap sangat aku kena migrain. Aku dah start buat catatan. 'Diari Migrain'. Kelas kau jah. Migrain pun ada diari. Terpaksa buat sebelum aku rujuk ke doktor pakar. Selagi tak pengsan buih-buih mulut tu, dianggap kes terpencil aje lah. Yang pastinya cuaca panas + asap rokok + kurang/lebih tidur jadi punca UTAMA aku kena sergah dengan pakcik MIGRAIN ni. Huh'.

#notakaki: Ada orang kata KAHWIN boleh jadi penawar migrain. Iye iye je. Ke aje nak nyakat aku suruh kahwin cepat-cepat ni? Haizzzz...jangan buat cerita tipu. Tak baik tau!

Comments

Popular Posts