My E-Day: 22-02-2014

Alahai. Bersawang sudah blog aku ni. Berbulan-bulan tak jenguk. Tak terluang masa untuk melayan blog dek aktiviti yang sentiasa mengisi hujung minggu, Hari ni ada masa free, apa lagi. Masa untuk bersihkan sawang-sawang dalam blog! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Bukannya teka teki gurauan hati ღ Sekadar melindung kasih yang tersembunyi ღ Bukan mudah mencari kasih abadi ღ Dalam terang ia sembunyi"

Aku pinjam lirik lagu Damasutra. Alhamdulillah...setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan persahabatan bersama, akhirnya pertemuan 2 keluarga diaturkan. Hubungan yang penuh teka-teki. Dirahsiakan atas permintaan si dia. Tak mahu menunjuk katanya. Tersorok terlindung tanpa pengesahan dari sidang media. Akhirnya membuka cerita.


Alkisah tersebutlah alkisah. Sebenarnya aku tak pernah merancang nak adakan majlis pertunangan siap dengan pelamin bagai. Selepas menganjak tahun ke-3 perkenalan, aku dan si dia mula memikirkan masa depan perjalanan perhubungan kami. Nak dimudahkan cerita, aku cuma minta pihak lelaki datang merisik dan bawa cincin tanda. Tak perlu majlis. Sekadar perkenalan santai antara keluarga lelaki dan perempuan. Si dia mula bawa aku berjumpa dan memperkenalkan aku dengan saudara-saudara yang akan mewakili pihak lelaki nanti. Setelah dibincang dengan lebih lanjut, pihak lelaki mahu ikut aturan yang sepatutnya. Kiranya nak ikut adat jugaklah. Alamak. Ini confirm pihak perempuan kena buat 'sesuatu' ni. Tak boleh santai-santai jumpa dah.

Rancangan diatur dan persiapan dimulakan. Kakak angkat aku turut membantu dalam persiapan. Tapi kena bebel free jugaklah sebab inform berita gembira tu seminggu sebelum majlis. Katanya, nasib baik dia free dari jadual mengandam pada pagi hari bersejarah aku tu. Bukan niatku kakak. Aku pun berilah pernjelasan mengenai perubahan rancangan yang tak dijangka. Last minute aku dan family sewa balai mesyuarat di bawah blok rumah aku dan tempah katering untuk tetamu. Seringkas-ringkas rancangan asal aku dan si dia akhirnya bertukar jadi satu 'majlis'. Kakak angkat aku bising juga bila aku tak fikir pasal pelamin. Aku terpinga-pinga. Perlu ke? Bedebub bedebab ding dong ding dong, buat jugaklah ikut saranan kakak angkat aku. Kakak angkatku bertanggungjawab membina pelamin ringkas pertunangan bersama suami tercinta yang pada aku "over sangat cantiknya, macam nak menikah". Dari pukul 12 tengah malam mula pasang, sampai jam 2-3 pagi jugaklah seingat aku, baru selesai. Sehari sebelum majlis! Baru kau tahu Mal, ingat bolehlah tidur awal feeling-feeling excited sambil berangan menyulam mimpi indah. Hahahaa. Tak ada maknanya. Tidur aku cuma tidur-tidur badak. Pukul 7 pagi kakak angkat aku nak datang untuk mengandam pulak. Aku macam tak percaya. Betul ke ni majlis aku ni?

Masanya pun tiba.

Aku dah tak mampu nak follow up itu ini bila kakak angkat aku dah mulakan kerja mengandam dia. Dalam hati resah fikir katering macam mana, meja dah susun ke, parkir kereta awam ada kosong tak. Almaklumlah duk perumahan flat ni selalunya kereta penuh di hari minggu dan parkingnya terpaksa berlapis. Risau tak ada ruang untuk pihak lelaki. Aku terkejut bila si dia maklumkan lokasi keluarga lelaki yang masih dalam perjalanan ketika itu. Janji keluarga lelaki datang jam 12 tengahari untuk mulakan majlis, tapi sebelum jam 12 dah sampai. Awal dari jangkaan.

Seterusnya, biar gambar meneruskan bicara.

Pelamin mini sentuhan tangan suami isteri, Kak Shai dan Abang Asa. Disebabkan last minute decide nak buat mini pelamin, aku cuma bayangkan ada langsir tirai kat belakang, bantal 2-3 biji dan bunga 2 ketul penghias kiri dan kanan. Tak sangka ini hasilnya. Terharu yang amat, tak tahu nak kata!


Sentuhan andaman dari tangan Kak Shai (@Shy Akhma - FB). Kalau nak tempah silalah ye. Aku pernah jugak join suka-suka jadi model tak bertauliah kakak aku ni. Test-test mekap katanya.


Oh ya. Lupa nak maklumkan. Adik laki yang masih study dalam graphic design aku lantik sebagai photographer tak berbayar. Mihmihmih. Sebagai latihan okay! Test skill sikit.

ツ Hantaran dari perempuan. Warna tema cream-peach

Kononnya niat asal nak siapkan hantaran dengan penuh kasih sayang pada seminggu sebelum majlis. Disebabkan keluasan rumah yang terhad, tak ada tempat nak simpan elok-elok semua barang ni, aku tukar plan nak buat sehari sebelum majlis. Ingatkan mudah, selesai dengan cepat. Aku langsung tak ambil cuti dalam minggu tu untuk persiapan majlis aku. Aku fikir tak ada apa yang nak dikejarkan sangat. Balik kerja baru nak start gubah. Sudahnya...asal boleh je! Mama aku tolong touch up barang hantaran aku masa aku turun ke balai untuk tengok cara-cara pelamin mini dibuat. Sirih junjung tu hasil penuh tangan mama aku. Oh ye. 1 lagi gambar hantaran cupcakes terlepas capture gara-gara akak pembuat tersilap letak nama si dia sebagai 'Azman'. Aku bertunang dengan Azman mana pulak ni. Kelam kabut parent aku pergi hantar balik untuk pembetulan sebelum majlis bermula. Nasib baiklah tak jauh rumahnya. Adik aku pun capture aje apa yang ada waktu tu. Lepas tu langsung lupa pasal cupcakes tu.

Bunga tangan gigih aku buat sendiri. Sebenarnya, cucuk punya cucuk..bunga tak cukup. Malas nak pergi balik ke kedai, aku cover lilit bawah bunga tu dengan kain net yang sengaja aku beli for emergency use kononnya. Nasib baiklah laa hai...datang jugak kau ye idea. Asal boleh. Ni hasilnya. Tadaaaa...!!



ツ Hantaran dari lelaki. Warna tema black-silver



Hantaran 5 berbalas 7. Simple je barang-barang hantaran kami. Most of it, makanan je.


Sesi perbincangan tertutup dua keluarga yang belum pernah bersua muka. Tanpa jemputan luar. Cuma keluarga dan saudara mara terdekat. Aku ada kat belakang dengan kakak angkat aku. Butir-butir perbincangan tak berapa nak masuk ke telinga. Si dia dan seorang lagi kawan peneman tunggu kat luar dewan. Aku langsung tak berdebar. Entah kenapa. Blur-blur je rasa. Serius, aku cakap betul ni!


Okay, terus terang aku cakap aku ada rasa nak terbalik masa bersimpuh atas kusyen ni. Nasib baik tak terbalik betul-betul! Bila banyak mata tertumpu pada aku, duduk pun rasa macam tak normal. Aku duduk ke terapung ni? Macam inilah rupanya bila minah rock terpaksa duduk menyimpuh ayu.


Alhamdulillah, tersarung sudah! Bergelar juga tunangan orang walau pada asalnya nak nikah terus je. Masa ni memang blank je kepala otak aku. Sana sini kamera. Aku jadi anak patung sekejap kat atas kusyen tu.


Special thanks to Kak Shai yang beria-ia buat hasil yang bombastic walaupun aku tak pernah rancang nak ada pelamin mini macam ni. Ya Allah, aku cuma mampu doakan yang Kak Shai dan suami diberi rejeki yang sangat-sangat mereka harapkan. Aamiin ya rabb.


My dear Muhamad Azlan. Racun dan penawar cinta hati. Akhirnya kita mengorak 1 langkah untuk bina masjid. Moga langkah seterusnya dipermudahkan. In shaa ALLAH.


Seringkas-ringkas majlis tanpa jemputan luar pun, pihak perempuan dah berbelanja dalam RM1,300++ manakala pihak lelaki dalam RM1,100++. Tak termasuk katering dan sewa balai mesyuarat sponsored by my beloved parent. More to come, just need to get ready. Sebagai tanda kasih sayang dan cinta, memang duit bukan segalanya...tapi segalanya perlu duit. Salah satu statement dari mama aku, "cinta tak ada makna kalau tak ada duit." Errr...masuk dek akal jugak kan? Yang manis jadi pahit bila tertekan sebab kesempitan duit. Huwaaaa...takut pulak aku dengan statement ni. Boleh tak jangan gaduh sebab duit? Gaduh sebab jealous ke...sebab nak manja-manja ke, takpe kan? Positif...positif!

Okay! 1 dah selesai. NextPlan untuk kursus kahwin pulak!


#notakaki: Tak yakin di awal rasa. Tak percaya di tengah cerita. Tapi ini ketetapan takdirNya. Rahsia Allah. Moga berkesudahan kekal dan baik di penghujungnya.


Comments

  1. Tahniah..., satu perjalanan hidup yang panjang, saling memerlu .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Dienn. Saya dah pun selamat bernikah pada Feb 2015. Dah lama tak jenguk blog ni. Bersawang! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts