Pre-Wed Photoshoot!

Pre-wedding?

Macam tak percaya. Aku dengan suami nak buat pre-wedding photoshoot! Semangat nampak? Unplanned pun sebenarnya, it's free under pakej photography yang kami ambil. Ingatkan kalau kami nak cut pre-wed, boleh reduce harga pakej tu. Photographer cakap memang tak ada charge pun untuk tu, Hahahaha! It's a marketing strategylah! "Baik kau buat daripada kau lepaskan peluang macam tu je", kata hati yang sebenarnya teringin nak merasa. Nampak tak...dalam nak tak nak fikir kekononnya nak jimat kos, sebenarnya hati itu tersangatlah kontra dengan minda. "Bukan selalu pun boleh jadi model tak bertauliah ni, kan? Slot free kot! Rugilah tak buat!" Tetiba minda semakin menyedapkan hati. Hahaha.

Right after decision terus gigih mencari maklumat melalui pakcik Gugel 'Google'. Tengok gambar, cari idea. Fikir lokasi. Acehh...gigih wehhh, gigih! Almaklumlah first time in history ever! Tunang aku waktu tu pun meluahkan sedikit kerisauan sebab dia bukan pandai sangat posing. Aku pun berialah yakinkan dia that is not too susahlah. Just be naturalPhotographer pun ada bagi idea dan pendapat...dapat jugaklah sikit-sikit gambaran nak sediakan apa untuk menjayakan misi tu. Mula-mula decide nak buat dalam tempoh lagi 2 bulan sebelum kahwin. Entah macam mana boleh pulak tercadang nak buat masa cuti Deepavali bulan 10. 4 bulan bulan awal hah. Lepas tu photographer sendiri awalkan tarikh ikut kelapangan dia. 1 September 2014. Lepas aku dan tunang aku masa tu dah check kelapangan masing-masing, kami pun setuju.

Cari punya cari, fikir punya fikir. Dah. Make it simple. Bukan nak masuk magazine pun kan. Aku pilih 2 subjek je -- kamera dan gitar. Represents aku dan tunang aku waktu tu. Aku suka photography, dia pulak suka muzik. Deal. Lokasi? Aku pilih Tasik Perdana. Dah lama tak jejak Tasik Perdana sejak aku sekolah rendah dalam tahun 90-an. Bayangkanlah. Masa umur 28 tahun di tahun 2014 baru nak jejak semula. Tak payah jauh-jauh pergi. Make it easy. Lokasi dah pun ditetapkan. Titik!

Pasal pakaian. Alamak. Bab ni aku failed. Aku ni selalu dengan t-shirt and jeans je. Nak pakai apa ek? Punyalah men-gugel 'Google' cari idea lagi. Sudahnya, aku decided pakai ala-ala ladies sikit. Pakai je apa pakaian yang ada dalam simpanan. No jeans and sneakers!

Untuk props, aku ada juga beli beberapa barang dengan kos yang very limited.
1. Kain 2 meter - corak petak merah putih. Beli kat Nagoya.
2. Barang hiasan - penyepit baju yang cute, colorful dan bernombor. Beli dekat kedai Mr. D.I.Y.
3. Kotak kecil comel - pinjam adik perempuan punya, Hahaha. Kan dah save cost di situ.
4. Kamera DSLR - pinjam adik lelaki punya. :-p
5. Gitar akustik - pinjam dari kawan jamming. Hihi!
6. Cincin tunang - memang dah beli awal pun kan. Photographer pesan suruh bawa. itu yang utama.
7. Photobooth props - yang ada words I LOVE YOU, HE'S MINE, SHE'S MINE, gambar mulut bagai tu...aku tempah awal dari Muquera Creative. Pakej ekonomi dengan harga berpatutan sangat. Support business kawan sekolah. Boleh guna semula props ni masa majlis resepsi.
8. Bakul bertangkai - pinjam dari saudara tunang aku. Ahaha. Save budget...
9. Beberapa keping CD. Haa...yang ini tak usah risaulah. Tunang aku memang banyak koleksi dia.
10. Drawing block dan stationeries. Yang ni aku saja bawa kalau-kalau boleh gambarkan hobi aku yang suka melukis. Hehehe...

Siap beli color paper sekali, cadangnya nak buat single card dengan huruf-huruf tertentu. Sudahnya cancel idea. Simpan untuk future use.


Cincin tunang. Beli masa sale CNY. Kos dalam lingkungan RM200-RM300. 

 Gambar dari kamera photographer -- photobooth props yang ditempah dari Muquera.

Ini je barang-barang yang aku gigih bawa ke lokasi shooting.

Hari photoshoot - janjitemu jam 7.30 pagi.
Aku dengan tunang aku jumpa photographer buat pertama kalinya. 2 orang - Abang Rafiq dan Khair. Masa ni laa nak serasikan diri, nak kenal karakter photographer, nak berkomunikasi sebaiknya. Anggaplah latihan nak bergambar kahwin nanti ye dak. Fuhh...for how many years weh, lebih 10 tahun aku tak jejak Tasik Perdana ni. Hari tu memang ramai orang. Seawal pagi kereta dah penuh mengisi parkir kereta. Selepas bertegur sapa, kami pun ikut je langkah photographer lepas tuGila-gila juga abang-abang ni.

Port pertama pilihan photographer. Matahari belum nak terik lagi.

Antara gambar yang menjadi pilihan blog.

 








Cukuplah tu, dapat juga merasa pengalaman photoshoot untuk pre-wedding. Jenuh jugaklah nak dapatkan mood and feel happy tu. Konon-konon macam tak ada photographer ada kat situ. Terasa macam berlakon je...hahaha. Misi selesai selepas 2 jam. Berpeluh jangan cakaplah uihh! Matahari dah naik, lepas jam 9 kami beredar. Tunggu gambar-gambar majlis pula ye!

#notakaki: Bahagia betul badan aku time ni. Paling chubby dalam sejarah oii! Senang hati...hihihi.

Comments

Popular Posts