Salam Eid Mubarak 1438 H


Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimah yang meraikannya, tak kira apa bangsa, latar belakang, usia mahupun negeri atau negara.

Tahun 2017 turn aku beraya bersama keluarga sendiri. So, inche suami bersama anak kecil aku ikut serta balik ke Kelantan memandangkan mama dan abah serta adik-adik balik ke Kelantan untuk menyambut di sana. Cuti yang tidak lama memandangkan gaji abah akan dipotong bila abah bercuti. Lagi lama, lagi banyaklah gaji dipotong. Makanya 3 hari 2 malam sahaja kami di sana. Bertolak pada pagi hari raya pertama dan kembali ke ibukota pada hari raya ke-3. Disambut secara sederhana tanpa arwah opah di sisi. Terasa kelainannya. Tanpa lemang, tanpa rendang ayamnya. Menu wajib pagi raya.

Di sinilah ruang di mana arwah opah selalu bakar lemang. Untuk anak cucu cicit yang balik ke kampung. Gigih arwah opah sediakan semuanya.




 Suasana yang paling aku rindukan. Rumah peninggalan arwah opah. Perkara yang paling buat aku teruja setiap kali mama abah inform nak balik kampung.

 Bunga seri pagi arwah opah masih mekar.

Inilah pokok rambutan yang aku suka. Berpuluh tahun dah usianya. Dulu banyak betul buahnya. Aku cukup suka kalau dapat kait buah ni pada musimnya. Cubaan memanjat dahannya pun pernah tapi taklah handal. Almaklum skill orang bandar, tak setanding orang asal dari kampung.

***************************************************

Arwah opah menyahut seruan Ilahi pada 30 September 2016 (Hari Jumaat, 28 Zulhijjah 1437 H) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Mek Mas binti Awang Tengah. Rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.
***************************************************

Teringat satu peristiwa bila mana ada rakan yang mengatakan aku tersilap menggunakan ungkapan MAAF LAHIR DAN BATIN. Bukankah yang zahir itu adalah sesuatu yang lahiriah, di mana ia sesuatu yang jelas dan nyata. Lahiriah terbit dari kata LAHIR. Bukankah begitu? Maaflah andai ia khilaf, kerana aku bukanlah pakar Bahasa Melayu namun aku masih boleh menerimanya mengikut pemahaman aku sendiri.


Lain orang, lain pemahamannya. Kan?


Comments

Popular Posts