BLOG UNDER MAINTENANCE!


"Fuhhhh! Fuhhh!!"

Acah-acah tiup habuk. Lap-lap sikit. Sambil tutup hidung dengan towel kecik. Boleh bayang takkkk...berapa lama tak jenguk bl.og #CikPuanMal ni hah. Rindunya aktiviti menulis, menaip dan menyusun gambar dalam bl.og ni. Super rindu! Entah macam mana boleh datang rasa nak jenguk bl.og ni lepas selesai buat transaksi beberapa komitmen bulanan. (Bak datang effect $$$ terbang ditiup angin, please.) Terus je taip nama bl.og yang dirindukan sangat kononnya ni. Papp! Terpampang laa bl.og CotCet.Cotcet.CikPuanMal hah. Eceyyy...nama dia. Cik Puan terus lepas kahwin. LOL! Aku cuba move on dengan nama baru tapi nama #CikMal ni dah bertapak kukuh di kalangan teman-teman alam maya sejak aku mula aktif di alam maya tahun 2010 dulu.  Kiralah, dah berapa tahun aku dengan nama ni. Tukarlah nama Puteri Kota Kayangan sekalipun, aku tetap selesa dengan nama #CikMal ni hah. Lebiu...lebiulah! 💓

Dah masuk tahun 2019!
Yaa salammmmmm.. (ala-ala gaya Zali dalam filem Ali Setan). Sebab peralihan zaman ke aku dah tak nak fokus kat blog ni? Aku tengok ramai je blogger-blogger yang aktif dengan macam-macam pembaharuan dalam susun letak appearance bl.og ni. Jauhhhhnya aku ketinggalan! Di manakah keghairahanmu dalam melontar bicara, rasa dan pengalamanmu dulu, Maaaaaaaaal? Hashtag, drama sangat. 😂

Seorang kenalan sejak zaman sekolah yang sama-sama bergiat dalam bidang sales mencadangkan untuk aku kembali aktif berbl.og. Dan aku suka ikuti perkembangan bl.ognya yang ramai orang singgah. 600k visitor! Aku? 8k sejak tergantung sepi macam lagu Haqiem Rusli. LOL!

Okay, Mal....okay. Now dah bolehlah selit-selit masa untuk ruang bicara kat sini. Selalu aktif kat social platform Abam Mark aje. Kasi cerialah sikit rumah lama ni. Lagi 2 bulan nak puasa dah, pastu raya. Lepas tu...lepas tu...aku menyepi lagi. Jumpa lak di tahun 2020. LOL! 

Gimme time to get back on track. 😘 Menyahut seruan kenalan yang dah bertahun aktif sebagai bl.ogger . Kena cedok ilmu dari dia ni. Hari sahaja aku dah luangkan lebih 2 jam depan PC untuk 1 post entry. Kikiki. Macam-macam aku godek. Buat header banner baru. Buat signature baru. Tukar template theme. Masa ni la aku duk recall balik apa command/coding yang aku belajar masa subjek buat sistem kat UiTM dulu. Karat dah weyyyy! Ada laa sikit-sikit memory tu comeback. In shaa ALLAH boleh diusahakan balik ni.

Aku anggap aku newbies yang baru nak berbl.og. So, template aku skema ajelah dulu, ye. Waiting for next entry!

Sekian, dari aku yang dah lama hilang dari radar bl.ogspot...hahaha!





Comments

Popular Posts