Interview!

Hari ni aku nak bercerita panjang lebar.

Alhamdulillah..untuk sekian kalinya, masih ada panggilan interview setelah menanti beberapa ketika. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Since 'ditamatkan' perkhidmatan secara rasmi pada 19 Julai 2011, aku telah menjadi 'penanam anggur' untuk tempoh sebulan. Pada 15 Ogos, aku terima satu panggilan interview daripada seorang wanita dan minta aku datang berjumpa dengannya pada 16 Ogos dan hadir interview pada keesokannya, 17 Ogos 2011. Pengalaman interview kali ni cukup mendebarkan dek kerana nama besar yang termaktub. Siapa tak gerun kalau menerima tawaran kerja dari kedutaan. Aku hanyalah insan biasa! Kelam kabut aku membuat persiapan yang tak berapa nak siap pun sebenarnya dek kerana nervous yang melampau-lampau. Sesungguhnya Allah betul-betul nak uji aku. Perasaan tak percaya, gugup, seram, tak pasti...semuanya bercampur baur. Fikiran negatif dan positif berperang dalam kepala. Negatif: Am I capable enough? Positif: This is a great chance, Mal! Challenge yourself! Malam sebelum interview tu aku menangis! Tertekan gila...macam-macam aku fikir. Aku call 4 orang kenalan hanya untuk dapatkan sikit kata-kata perangsang demi menutup kekalutan fikiran yang tak menentu. Dan, kata-kata Khairizam Kamaruddin betul-betul buat aku terbuka mata dan minda. Thanks, dude!

Pada hari interview, aku keluar awal. Lokasi Jalan Ampang tak jadi masalah memandangkan akses kemudahan awam sangatlah mudah di situ. Aku tiba sejam awal! Dalam bulan-bulan puasa ni, manalah aku nak lepak. Kalau tak bolehlah aku makan-makan breakfast dulu kan. Sampai juga masanya aku melangkah masuk ke tempat interview. First time merasa pemeriksaan ketat daripada pegawai sekuriti yang bertugas. Dah macam penjenayah rasanya. For sure, their English sounds better than me! Impressed! Dah tentulah kan...kerja di kedutaan, mestilah diorang dah banyak belajar and improved.

For clear-cut, the interview was successfully done! Pleasant conversation I had...I spoke to white lady that will be my 'future boss'. She encouraged me said this is a great chance that I can take. Punya gelabah pada malam tu, alhamdulillah the interview went well without any barrier. Aku just jawab apa yang aku boleh jawab dengan sejujur-jujurnya. Hari yang sama aku dapat panggilan yang confirmkan yang aku bakal diterima, cuma nak dapatkan pengesahan untuk criminal check up. If everything clear, I'll get the job.

Dan hari ni, aku dapat panggilan...I've passed the criminal check up and I got the job! Nak melompat happy ke nak terkedu ya? Aku tergamam lagi!

#notakaki: 17 Ogos hari Nuzul Al-Quran. Selangor cuti. Balik dari interview, aku dengan housemates terjah Masjid Jamek. Pergh! Manusia macam semut, padat macam hari weekend. Sudahnya aku balik rumah dengan migrain!

Comments

Popular Posts