Kad Raya Datang Lagi~
Sempena Aidilfitri yang bakal disambut 2 minggu lagi, aku mengambil kesempatan memborong kad raya di kedai buku. Macam tahun-tahun sudah...aku merajinkan diri menghantar kad raya buat kawan2 rapat aku. Kolot? Helooo...kad raya macam ni tradisi yang patut dikekalkan, ada baru sentimental value. Setakat sms, email...apa yang best? Sekurang-kurangnya, boleh tempek kad raya ni kat dinding rumah bila raya nanti. Masa ni jugak laa nak send kad raya pada kekasih, jejaka/dara pujaan mahupun BEKAS kekasih...hehehee.
Tapi, aku perasan...harga kad raya tahun ni MAHAL sikit daripada biasa. Adalah kenaikan dalam RM1.00-RM1.50 compare dengan harga last year. Kad raya pun jadi mangsa kenaikan harga jugak ke? Tapi, tak apa...graphic design kad2 yang aku beli tu agak menarik. Aku 'pejam mata' aje laa tengok harga kad raya tu. Bukan itu aje...kos setem untuk 1 kad raya pun dah jadi RM0.50. Tak kisah apa jenis bentuk/saiz...dengan syarat tak melebihi 50 gram. (Ini kata kerani pos yang attend aku masa aku beli setem) Kalau aku ada 15 keping kad...mesti guna 15 keping setem kan? Satu setem RM0.50...darab 15...sama dengan RM7.50! Ish, ish, ish...apa nak jadi laa negara aku sekarang ni. Semuanya nak naik harga. Jangan pulak lepas ni, isi angin tayar kereta pun nak kena bayar jugak! Haru~~~
#notakaki: Tradisi yang masih aku ikuti. ;-)
Comments
Post a Comment