08-04-12: Picnik Day!

Had a short vacation. Menenangkan diri di hutan bersama teman-teman. BBQ dan mandi-manda di sungai! Berlokasi di kaki Genting, tak pasti apa nama sungai ni. Ada yang kata namanya Sungai Pinang. Yang aku tahu laluannya dari Batang Kali menuju ke Genting Highlands~

 Posing dulu sementara abg Roshan tinjau kawasan~

 Naikkan khemah~

 Peace!


Breakfast!

Tiga aweks~ :-P

Kami berlima! Snap guna timer. Kikiki~

 BBQ!

 Mandi sakan!

 Penat berenang kononnya! Makan lagi~

Sungainya tak dalam, tapi air deras dan banyak batu-batu besar dengan beberapa jeram kecik. Tak berapa sedaplah kalau nak buat kuak lentang, menyelam atau apa jua gaya bebas. Setakat duduk, berendam...bolehlah. Macam biasa yang dilihat di kebanyakan kawasan rekreasi, sampah sarap bersepah di kawasan sekitar. Tak ada kesedaran sivik betul. Sepatutnya dibakar, ditanam atau dibawa pulang. Tong sampah pun aku tak jumpa. Toilet pun tak diselenggara dengan rapi sedangkan orang awam kena bayar RM0.30 sekali masuk. Ada pintu ada yang nak tertanggal. Jamban tersumbat dengan najis terapung (sangat kembang tekak okay). Tong cat pengganti baldi tanpa gayung. Sinki kotor dan tak semua berfungsi dengan baik. Memang benda-benda ni yang aku tak berapa berkenan bila nak mandi sungai. Kemudahan macam ni yang tak berapa diambil peduli oleh majlis perbandaran. Belum pernah lagi aku jumpa kawasan rekreasi dengan kemudahan yang tip top; bersih dan memuaskan. By the way, ramai juga orang awam yang datang berpiknik dekat situ. Dah macam family day.

#notakaki: Paling tak berkenan ada golongan remaja perempuan yang pakai seluar pendek ala-ala spender tu. Aduhai...seronok betul mamat-mamat menjamu mata tengok paha betis yang putih gebu tu. Sangat menyakitkan mata aku~


Comments

Popular Posts