29-04-12: Majlis Sanding Epi!


Selamat pengantin baru buat Epi & isteri. Aku sempat melapangkan diri ke majlis persandingan kedua mempelai di Dewan Komuniti AU5. Lama betul tak jumpa si Epi ni. Dulu aku dengan dia sekelas masa tingkatan 3...sama-sama join badan pengawas. Kalau tak silap, last time jumpa pun masa reunion tahun 2008. Tercari-cari juga kelibat kawan-kawan lama yang lain tapi tak terjumpa. Nampaknya, pengantin punya tema warna biru. Kebetulan pulak aku pakai baju biru. Ngam! ;-)

 Epi & Faizah~

Turut hadir: Linda & Hafiz~

 Bergambar kenangan. Thanks to official photographer sebab tolong ambilkan gambar.

Sebelum pulang!

Lepas kenduri kami tak lepak, terus balik. Kepala aku pun tak berapa sedap, dah mula nak migrain. Cuaca agak panas berbahang sampai ke malam.


#notakaki: Makanan penarik utama aku di majlis ni ialah taufu fa dan choc cake! My favorite food tu...hehe. Thanks to Epi for invited us! Selamat melayari alam rumahtangga. :-)



Comments

Popular Posts