Pelancaran Buku Autobiografi Limelight Faizal Hussein

23 Jun 2012, hari Sabtu - aku melapangkan diri ke majlis pelancaran buku autobiografi Faizal Hussein yang diadakan di Annexe Gallery, Central Market. Kebetulan aku free minggu tu, tak ada plan ke mana-mana. Aku suka tengok Faizal Hussein berlakon, air muka dia nampak cool je. Antara moment yang sempat aku ambil pada hari tu.

Sesi dialog pihak media bersama penulis, Faisal Mustafa dan pelakon Faizal Hussein~ 

Kuzi, atau nama sebenarnya Faisal Chal Ahmad - salah seorang pelakon filem Gila-Gila Remaja (1985) - bersahabat baik dengan Faizal Hussein sejak zaman sekolah.

 Antara hadirin yang hadir.

 Turn Dilla Hussein & Ayang Hussein untuk bercerita - latarbelakang & karakter arwah ayah semasa hidupnya.

 
Sejenak bersama Pyan Habib~

 Balada Pyan Habib~

Selesai sudah pelancaran buku Limelight~

Thanks to Dilla Hussein yang sporting. Ni kali kedua aku meluangkan masa bersama famili Allahyarham Hussein Abu Hassan. What a nice family. Moga silaturrahim yang terjalin ni berkekalan hingga ke hujung nyawa. Insya Allah~

#notakaki: Tiap kali menjejakkan kaki ke CM ni, mesti aku teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu. CM la port aku dengan kawan-kawan 1 geng datang setiap kali waktu cuti sekolah. Tahun 1999, masa aku tingkatan 1...pertama kali aku jejak ke CM. Masa tu naik bas Intrakota (sekarang Rapid KL) dari hentian pertama rumah aku, AU3 Keramat sampailah stesen terakhir di CM. Nak cari novel-novel Ahadiat Akashah pun beli kat CM. Part yang paling aku tak boleh lupa...kalau nak tempah t-shirt, tempah cenderahati atau pun beli gelang-gelang benang semuanya aku cari kat CM. Sekarang isi dalam CM dah banyak berubah. Dalam kenangan.


Comments

Popular Posts