01-03-13: XPDC Gunung Liang Timur-Barat

Setelah agak lama merehatkan diri, aku kembali dengan hobi mendaki. Aktiviti mendaki terakhir ke Bukit Broga pada September 2012 dan Gunung Nuang pada Mei 2012. Lama kan? Since lutut aku memberi tanda memerlukan penjagaan lebih rapi, aku kurangkan kekerapan aktiviti mendaki. Apa pun, minat ni belum berkubur lagi. Bila dimaklumkan ada lagi ekspedisi mendaki, semangat lain macam kali ni dek kerana rasa gian nak mendaki yang meluap-luap! Lupa segala sakit-sakit lama!

Sedikit latar belakang -- Gunung Liang Timur dan Barat terletak di Tanjung Malim, Perak. Tanjung Malim terletak sekitar 70 km dari Rawang dan 300 km dari Pulau Pinang. Gunung Liang Timur dan Barat kurang diketahui tetapi merupakan gunung yang mudah didaki. Terdapat dua laluan pendakian, satu dari Kampung Sungai Bill, dan satu lagi melalui laluan yang diterokai oleh The Selangor MNS pada April 2001, bermula dari Kampung Sungai Dara. Pendakian biasanya memakan masa 3 hari (2 mendaki 1 turun) dari Sungai Dara. Kemuncaknya agak kecil, dan anda mungkin mengalami masalah mendirikan khemah, kerana permukaan yang tidak rata. Terdapat dua kemuncak satu di Gunung Liang Timur dan satu lagi di Gunung Liang Barat, yang sekitar 7 minit pendakian. (sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Liang)

Kami bertolak dari Anjung FELDA, Jalan Semarak pada malam hari Jumaat 1 Mac. Tak ambil cuti pun pada hari tersebut, balik kerja baru bersiap. Hampir tengah malam baru bertolak. Berhenti seketika di Rawang berjumpa dengan seorang lagi rakan pendaki, kami sempat isi perut dan mengeteh. Perjalanan diteruskan, sampai sesat-sesat jalan sebab tersilap arah. Hujan gerimis mengiringi perjalanan kami. Seingat aku, sekitar pukul 4 pagi kami sampai di sana. Kami parking kereta di hujung jalan masuk ke empangan Sungai Dara, bentang ground dan...entah bila masa aku terlelap! Bayangkanlah...bekerja di ofis pada siangnya dan belum dapat melelapkan mata sehingga ke destinasi. Letih ya rabbi! Sekitar jam 6 pagi aku dan kawan-kawan yang terlena dikejutkan dan...eh eh. Sarapan pagi dah siap? Bila masa masak? Hehehe.

Tu dia...terlelap katanya. Tidur bersepah! Dah la baru lepas hujan, tak peduli dah tahap sejuk dia macam mana time tu.

 Dalam mamai-mamai tu kena kejut bangun. Macam bangun sahur pulak dah.

Sedar tak sedar, hari makin cerah. Kami pun kemas-kemas barang. Kali ni beg tak tinggal ye. Kena pikul sekali sebab nak bermalam di Lubuk Hantu sebelum naik ke puncak. Fuhhh! Beg aku tak besar mana pun... :-P

 Posing dulu sebelum mendaki.

 Oppa gangnam style!

 Perjalanan bermula.

Aku tak ambil gambar pun sepanjang perjalanan. Fokus kononnya.

Sampai akhirnya! Ada group pendaki lain jugak yang sampai sebelum group kami.

Okay, tengok nama macam seram kan. Tapi mujur sesangat lah masa kejadian ni otak aku tak fikir ke lain. Memang suci betul minda aku time ni.

Lepas lelah. Sap kok sebatang dua.

 Pacak apa yang patut.

Tempat sidai baju dah siap ada. Group pendaki sebelumnya dah siap buat dan tinggalkan untuk kegunaan pendaki lain. Bagus, kan...prihatin.

Ahah. Test skill photography sikit.

Nak dipendekkan cerita, cadang asalnya kami nak shoot ke puncak siang hari tu jugak...tapi hujan. Group lain yang teruskan pendakian tu memang mendaki dalam hujan. Apa boleh buat, kami tersangkut di situ je dan berhibernasilah kami pada petang tu. Tidur dalam hujan, siapa-siapa pun suka. Hehehe. Perjalanan naik ke puncak diubah ke sebelah malam.

 Masak untuk makan malam!

 Ayam masak lemak wooo. Marbeles! Thanks to chef handalan!

 Sungai Liang.

 Panorama selepas hujan berhenti.

Alalalaaaa...anak teruna sapa la ni...ni la calon yang mak mertua cari-cari. :-P

Pada malamnya, seawal 2 pagi kami dikejut bangun untuk isi perut. "Bangun, bangun...kumpul jajaaaaaaan.!" Terdengar suara rakan yang dah lama berjaga sebab siapkan makanan. Terkebil-kebillah yang lain tu, berusaha keras mencerahkan mata yang kabur-kabur lagi. Termasuklah aku. Dah macam nak bersahur pulak rasanya. Selesai isi perut, aku dan rakan-rakan pun mempersiapkan diri. Semangat ni, target nak ke puncak tengok sunrise! Kami duduk beramai-ramai, tiba-tiba diajukan soalan, nak teruskan pendakian ke tak. Sebabnya? Hari tu dan sebelumnya kami ditemani hujan. Tak dapat aku jangkakan bagaimana keadaan track dan perjalanan kami.

Akhirnya, keputusan dibuat. Perancangan ke puncak tak diteruskan. Aku punyalah tunggu jawapan sampai terlelap dengan headlamp di kepala. Betapa semangatnya aku, kan kan? Ahaha.

Pagi hari Ahad!

 Dah bangun tidur, lapar. Sementara tunggu makanan siap, bedal roti dengan choki choki. Sedap gak wei.


 Test skill sikit. Cerek baru ni. Huuhii.

 Duk dalam hutan pun masak macam di rumah okay!

 Our chef assistant, Cik Mashi.

 This is our masterchef, Inche Amer. Dia yang tentukan menu kami. Confirm tak kebulur. :)

 My favourite photo! Dah bosan-bosan, snap sana sini la kerja aku. :-P

Punya la menunggu...sampai menongkat dagu.

Makanan dah siap! Sempat lagi nak snap picture, share dekat whatsapp dengan geng-geng yang tak follow xpdc. Bukan nak tunjuk eksen ye, permintaan dari rakan-rakan.

 Bersiap untuk pulang!

 Macam-macam gaya. Hahaha.

Sekian kisah aku dan kawan-kawan dengan xpdc santai kami yang tersangat-sangatlah santai. Kalau pergi berat 60kg, balik jadi 65kg. Makan tidur, makan tidur je. Isk isk isk. Kami tekad untuk repeat xpdc ke LTB ni. Mesti!

Singgah makan di Lina Tomyam & Seafood, Ulu Bernam.

# notakaki: Tidak berjaya sampai puncak bukan bermakna gagal. Cuma belum sampai masanya. :)

Comments

Popular Posts