Buat pertama kali dalam sejarah hidup, selepas aku jejak usia 25 tahun, inilah pertama kali aku jejak Stadium Merdeka. Percaya tak? Nama je duduk KL...lahir dan membesar di sini, tapi tak pernah jejak pun lagi. Wajarlah aku ucapkan jutaan terima kasih pada acara hebat Konsert 2 Raksasa Blues Gang & Sweet Charity yang diadakan di sini. Selepas ditunda dari tarikh asal 9 Julai 2011 akibat peristiwa politik...akhirnya bertemu jua peminat pada tarikh 1 Oktober 2011.
From left: Lolan, Zanor, Mal (me), Fiza & Shida
Tempat bersejarah
Sebelum konsert bermula
Antara peminat yang membanjiri stadium
With my Galaxy members, Lolan & Madi
Lolan with Tok Ghani
Bersama kenalan mukabuku yang biasa bertemu
Sesi bertemu peminat
Tiket konsert
Hasil fotografi dari konsert kali ni tak berapa memberangsangkan. Aku 'kureng' aktif sikit hari tu. Apa pun, layan juga tengok performance Blues Gang & Sweet Charity. First time dapat tengok live. Tak sangka! Walaupun bukan membesar dengan lagu-lagu dari 2 band ternama ni, kenal jugak la beberapa lagu...antaranya Musibah, Dunia Perlumbaan, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Teratai, Kamelia (Sweet Charity). Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Apo Nak Dikato, Mak Siti (Blues Gang). Uncle-uncle otai masih mantap! Salute! Apa pun, aku kagum dan betul-betul enjoy dengan persembahan konsert ni. Hope ada VCD/DVD dijual nanti.
#notakaki: Secaranya peribadinya malam tu aku paling suka moment lagu Malaya Blues dari Blues Gang dan lagu Kamelia sewaktu Sweet Charity dan peminat sama-sama nyanyi. Sangat meresap jiwa!
Comments
Post a Comment