22-10-11: Lawat IzwanNiesa's Baby + Lepak di Tanjung Harapan!

Bertemu lagi hujung minggu! I love weekend! Sabtu hujung minggu kali ni terisi dengan beberapa aktiviti. Pagi sempat luangkan sejam gi joging kat area rumah. Fuh...lama tak berjoging...lepas jugak la 3 pusingan padang bola non-stop. Kalau tak kerana pening...gagah lagi sambung larian tu. Tak apa...pelan-pelan improve...hehe. Keep it up, Mal!

Aku meluangkan masa melawat kenalan baik ku, Izwan a.k.a Dong. Her wife, Niesa dah selamat deliver baby. Dong dapat hero...named Muhammad Irfan Danial. Aku excited + tumpang happy dengan kelahiran sulung anak depa. Aku? Hmmm...ambil berkat kawan-kawan dulu ye.


Tak lama masa aku dengan baby dan kawan-kawan...sebabnya dah plan nak ke Klang dengan akak-akak rock, Kak Zanor & Kak Sheyda. Ikutkan planning asal nak melawat di hospital...tapi masa dalam perjalanan, dapat info kata dah discharge wad. Terus tukar plan sementara nak tunggu si ibu balik. Masa pun bertukar la jugak...kelam-kabut dan serba salah dibuatnya. So sorry and thanks to Kak Zanor and Kak Sheyda sebab sudi juga join sama tengok baby, memandangkan ada pertukaran plan...lari apa yang dirancang. Selesai tengok baby & minum petang...terus kami bertolak ke Klang. Meredah jalan jauh demi ikan bakar! ;-)

Sebelum melepaskan hajat, sempat jugak bertandang ke rumah Iswandi di Sijangkang. Akhirnya jejak juga aku di situ, almaklumlah tak berkesempatan nak bertandang untuk kenduri kahwin abangnya minggu yang sudah. Best place...aku suka betul port kampung. Tenang je...tak macam KL. Serabut! Sampai je kami di situ kemudiannya terus bertolak ke Tanjung Harapan. Mahu tengok matahari terbenam! ;-)

Gambar-gambar atas ni blur ala-ala fogging effect sebab lens kamera hp aku berminyak tanpa disedari~
-By Samsung Wave II-

Sesudah aku sedar lens hp kamera aku berminyak...barulah result gambar clear semula.
-By Samsung Wave II-

 
 Guna kamera N70 sesudah hp Samsung aku ketandusan tenaga bateri! Lupa nak cas!

 
 
Gambar ihsan dari Iswandi.
-by DSLR Canon 10D-

Balik dari tengok matahari terbenam, langsung kami terjah Restoran Ikan Bakar De'Selat. Makan besar malam tu...Kak Zanor belanja! Heheee. Thanks to beliau...moga Allah lipatgandakan rezeki dan happy-happy selalu. Aminnn. Thanks juga buat Iswandi dan Harris sebab jadi tourist guide! Insya ALLAH lain kali boleh bertandang lagi~ ;-)

#Notakaki: Mahu mendalami bidang photography secara serius! Semoga tercapai hasrat!

Comments

Popular Posts