Tak Best!

Update...update!

Weekend kali ni aku isikan dengan memenuhi jemputan kahwin akak senior sekolah ku, Shaidatul Akhma Ramlan di Taman Pelangi Semenyih. Konvoi 3 kereta bersama Ijam, Ikin, Arep, A'ai, dan Apis. Akhirnya tiba jua hari Kak Shai menjejak pelamin setelah setahun ikat tali pertunangan. Alhamdulillah, selesai sudah...bermulalah peranannya sebagai seorang isteri lepas ni. Aku, bila? Asyik tanya soalan kahwin je kan...tanyalah soalan matematik ke...teka-teki ke...hehehe. (Nak sedapkan hati) Selamat pengantin baru buat Kak Shai...Mal doakan moga kekal bahagia bersama abang hingga ke hujung nyawa. Segera-segeralah nimang baby hoh. :-p (Ingat macam buat kuih ke?)


Hope lepas ni Ijam dengan Ikin lak menyusul langkah.

Me...solo. With curly hair-style.

Petangnya lepas kenduri ni aku bergegas ke Batang Kali, mempersiapkan diri ke Kuala Kubu Bharu untuk program malamnya. Oh...aku berdepan dengan macam-macam dugaan untuk hari tu. Masa balik dari Semenyih...di Tol Batu 9 Hulu Langat, cermin kereta stuck, boleh buka separuh je masa nak pass through Touch & Go lane. Terpaksa aku buka pintu. Kelakar sungguh. Terpaksa aku meneruskan perjalanan dengan cermin yang separuh ternganga. Nak buka tak boleh, nak tutup pun tak boleh! Sepanjang jalan mata asyik menjeling side mirror mengawasi kehadiran motor yang menghampiri kereta. (Skemanya ayat aku. Macam ayat karangan) Mujur dah berjanji dengan 2 orang kawan band tunggu di Ampang...kebetulan diorang bertugas di satu majlis kahwin. Masuk je jalan Sungai Tua, masing-masing berhenti tepi jalan...kawan tolong drivekan kereta abah aku tu...dan aku pun naik kereta lagi satu. Sampai je di Liga Mas, Batang Kali...kereta pun terus je dihantar ke bengkel berhampiran studio. Dugaan...

Tak cukup tu, orang bengkel pulak secara tak sengaja tertinggal kunci dalam kereta. Aiyark...aku terpinga-pinga tengok pomen-pomen berusaha keras nak buka pintu kereta. Kereta abah aku ada secured lock katanya. Masa makin suntuk...patut dah boleh siap awal, apakan daya...jadi benda lain pulak. Sudahnya terus ke Kuala Kubu dengan kereta kawan aku.

Sampai je kat sana...cerita lain pulak timbul. Masalah teknikal membuatkan kami terpaksa menunggu lama. Dengan sejuknya, dengan mengantuknya, dengan bosannya. Sudahnya? Aku malas nak teruskan cerita. Malam tu juga perut aku meragam dengan gastrik dan gelodak angin yeng menjerut-jerut usus. Bergulung aku dibuatnya. Sampai ke pagi perut aku sebu + kejang. Entah apa masalah. Lagi-lagi dugaan.

Hari Ahad punya plan...nak ke cyber cafe di Liga Mas sebelum balik KL. Bila dah ready nak pergi, boleh pulak cc tu dah tak wujud? Dinding dah dipecahkan...macam nak renovate. Rupanya owner nak jual shoplot tu. Khabarnya lokasi cc dah bertukar tapi tak tahu kat mana. Alahaii...masa hari Deepavali aku tengok ada lagi. Baru beberapa hari lepas je...hari ni dah tak ada? Dugaan oh dugaan...

Dipendekkan cerita...aktiviti weekend kali ni MEMANG TAK BEST! Aku frust. Tak seronoknya. =S

#notakaki: Aku dah start masuk PMS zone. Buat apa pun rasa 'tawar'. Aku rasa tak best bila fikir hari esok. Isnin! Gonna be Monday blues. I hate this feeling...

Comments

Popular Posts