Novel Pilihan~

Agak lama aku tak melayan salah satu hobi aku masa muda remaja dulu -- baca NOVEL. Hmmm...seingat aku...last time aku baca novel pun masa aku di universiti (2007-2009). Semenjak masuk dunia kerjaya ni, langsung tak terusik. Tapi...semenjak memerhatikan hobi mama aku yang mula mengumpul novel sehingga menjadi satu 'kegilaan baru' buatnya...aku pun tertarik sama. Minat menulis aku pun dah lama berkubur sejak aku putus cinta pertama (2006). Agak lama, kan?

Amacam? Ni sebahagian koleksi novel mama aku. Cemburunya aku~~

Novel pilihan aku kali ni -- KU SERU RINDU ITU, karya Hanni Ramsul. Harga di pasaran RM26.00. Aku dan mama aku beli di MPH Jusco AEON Wangsa Maju. Bookstore tu dah jadi 'tempat wajib' untuk aku dan mama aku singgah setiap kali kami ke sana.


Isu utama dalam cerita ni -- POLIGAMI. Perkara yang cukup sensitif dan meresahkan kebanyakan wanita, especially wanita Melayu kerana lelaki Muslim boleh bernikah dengan 4 wanita. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ni disebabkan watak lelakinya, Hisyam yang hidup bahagia bersama isteri dan anak lelaki mereka, Syafiq tetapi masih merasa 'kekosongan' dalam kehidupannya. Dia seperti keliru dengan perasaan dia di mana dia cuba mencari perasaan CINTA yang tak pernah dia rasakan semenjak berkahwin dengan Idayu, walhal dia berasa segalanya melengkapi kehidupannya. Kenapa jadi macam ni ya?

"Aku fikir kau dengan Ayu..."

"Aku pun berharap aku boleh mencintai Ayu. Berharap sangat-sangat. Tapi, aku tak cintakan dia. She's my responsibility. She's my wife. Ibu kepada anak aku," jelas Hisyam perlahan.

"Tujuh tahun kau hidup dengan dia. Tak pernah ada masalah pun. Dia seorang perempuan yang baik, Syam. Seorang isteri yang baik. Mustahil kau tak ada perasaan pada dia. Dia tu isteri kau," ucap Shahrul cuba menasihati.

Hisyam terdiam seketika. Jauh termenung mencari jawapan bagi kata-kata Shahrul yang sehingga sekarang tidak ditemui jawapannya. Padanya rasa cinta tidak pernah tumpah pada Idayu. "Aku jumpa seorang gadis yang boleh buat jantung aku berdebar bila dia pandang aku. Yang buat aku resah bila aku tak dapat melihat wajahnya. Yang membuat aku rindu bila lama tak bertemu. Yang membuat aku rasa bahagia bila dapat bersamanya."

"Idayu?"

Hisyam mengeluh lemah. "Perasaannya tak sama bila aku bersama Idayu. Lain. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun-tahun aku cari perasaan ni. Berharap sangat perasaan ini akan muncul cuma untuk Ayu. Tapi, tak. Perasaan ini muncul untuk orang lain."

Amacam? Apa komen anda? Novel ni betul-betul buat aku tak senang duduk bila baca. Bab emosi jangan cakaplah. Dalam kepala ni macam-macam fikir, macam akulah watak utama dalam novel ni. Hehehe. Idayu, watak utama sebagai isteri Hisyam yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga. Siapa sangka dalam ketidakrelaan dia menerima kenyataan tu demi ibu ayah tercinta, Allah hadiahkan dia kebahagiaan dengan sifat Hisyam yang sangat romantik, penyayang dan bertanggungjawab. Namun, adilkah untuk Idayu menerima 'kecurangan dalam rahsia' Hisyam selepas meniti tujuh tahun usia perkahwinan?

"What? Hisyam ada perempuan lain? Aku rasa kau patut dengar kata akal kau. I don't believe it. Tak mungkin. Dia begitu bahagia dengan kau. Cara dia pandang kau. Cara dia bercakap dengan kau. It seems you're everything for him. Tak mungkin dia buat kau macam tu. Mustahil. He loves you, Ayu."

"I don't think so," Idayu bersuara perlahan.

Tidak mungkin ada cinta di hati lelaki itu. Hisyam tidak pernah menyatakannya sejak tujuh tahun dulu. Dan...sehingga ke hari ini, kalau dia ingin mencari punca perubahan Hisyam, itulah satu-satunya punca perubahan lelaki itu yang dapat diproses dengan baik oleh akalnya.

"What do you mean by that words, Ayu? Ayu...kau hidup bahagia dengan dia selama ni. Kamu berdua ada Syafiq. Apa yang membenarkan itu semua berlaku kalau bukan kerana cinta?"

"Aku pun tertanya-tanya, apa yang membenarkan kebahagiaan ini menjelma dalam hidup kami?" Idayu seperti keliru.

"Hisyam seorang lelaki yang baik. Mungkin ada yang cemburu dan cuba menghasut kau. Membuat kau prasangka pada suami kau sendiri?"

Idayu mengeluh perlahan. Memandang wajah Hasmieza dengan mata yang berkaca. "Aku lihat sendiri, Mieza. Aku...isteri dia, melihat sendiri dia begitu mesra dengan perempuan lain. Perempuan muda yang cantik."

Jeng..jeng...jeng! Haaa...berkerut tak dahi? Mestilah tak kan...tak baca full story. Memang 'panas' hati aku baca permulaan cerita ni. Ayu, cukup tenang dan bersabar meskipun beberapa kali terserempak rahsia kecurangan suami yang sangat dicintai. Kesetiaan, kejujurannya dalam menjalankan kewajipan seorang isteri telah direntap dengan adegan mesra suami bersama gadis muda yang cantik. Nyatanya Allah memberikan petunjuk kepada si isteri yang tidak pernah mengesyaki onar si suami. Ayu berusaha menenangkan dirinya. Dia akui dia tak cukup tabah untuk mendiamkan diri, namun tak juga kuat untuk membongkar rahsia suaminya. Dia bimbang kehilangan segala kebahagiaan yang dikecapinya selama dia berkahwin itu. Aku kagum dengan watak Ayu!

"Abang perlu cari masa yang sesuai untuk minta izin daripada isteri abang."

"Minta izin? Minta izin apa?" Maisara bertanya dengan nada hairan.

"Minta izin untuk kahwinlah. Untuk apa lagi?"

Maisara tergelak kecil. Dia semakin mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu. "Mungkin abang silap. Memang Sara nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin sebab Sara tak pernah mention pasal ni. Since abang dah sebut, Sara akan beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain.

Wajah Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut dengan kata-kata Maisara itu. Ekspresi terkejut yang bukan sedikit. "Apa maksud Sara?"

"Sara nak abang beritahu isteri abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu kita akan kahwin," usul Maisara sambil tersenyum manis.

Gedegang...bunyi guruh petir kilat sabung menyabung. Macam filem P. Ramlee la pulak. Hehehehe. So, how? Stereotype? Memang la...cerita poligami kan...kebanyakannya lebih kurang sama. Tapi, pada aku...cerita ni 95% sama dengan kisah silam aku sendiri. Tapi, aku bukanlah sekejam watak Sara. Melalui cerita ni, aku dapat menyelami apa sebenarnya yang LELAKI inginkan dalam hidup. Duduk serumah, tidur sekatil, anak berderet, kebahagiaan melimpah ruah...tapi masih ada rasa kekosongan. Kenapa ya? Kena banyak membaca dan mengkaji sifat manusia nampaknya ni. Rating? Aku bagi 5 bintang~

Ingin aku kongsikan 'Doa Dari Seorang Isteri' untuk tatapan wanita-wanita di luar sana. Moga wanita-wanita Muslim yang bergelar isteri sekalian diberikan kekuatan iman yang teguh padu untuk menempuh liku-liku hidup dalam cabaran berumahtangga....


#notakaki: Tepuk dada, tanya iman~~


Comments

Popular Posts