Babies All Around!

FB penuh dengan berita kelahiran bayi dari teman-teman yang baru berkahwin dan telah lama berkahwin. Seronok cuci mata tengok gambar-gambar si ibu dengan baby. Betul-betul menjentik perasaan dan naluri keibuan aku. Oh, no...apakah sudah sampai masanya? :-P

Masih ingat lagi dengan Ain & Shahir yang bersanding pada 29 Januari awal tahun lalu? Sure lah korang tak ingat kan...bukan glamour sangat pun blog aku ni. Hehe. Meh sini nak recall.

Senior aku masa sekolah menengah dulu - Shahir - dan isteri tercinta, junior masa sekolah menengah dulu - Ain. Ain ni adik kepada classmate aku dulu, Shahrin. Cantik, kan?

Mereka baru sahaja menimang cahaya mata sulung! Yeay!
Baby boy yang dinamakan Muhammad Adam Thaqif. Lahir pada 07 Nov 2012.
Tahniah buat Ain & Shahir!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Yati Yazid & suami, Zulkifli a.k.a Botak - kenalan rapat aku masa sekolah menengah dulu. Bernikah tahun 2007, sekarang dah dikurniakan 2 anak. Anak pertama, seorang puteri yang sangat sihat - Nur Zulaikha Darwisya lahir pada 8 April 2010. Cahaya mata ke-2 pula lahir pada 17 Julai 2012. Alhamdulillah~ :-) Aku sempat bertandang buat pertama kalinya di rumah mereka di Bukit Antarabangsa pada 9 Sept yang lepas. Si putera ni dinamakan Muhammad Hadif Darwish! Handsome budak ni~ Betul tak cakap aku?

 
Sorok-sorok nak pegang si Darwish ni...takut Darwisya nampak...mengamuk dia. Takut betul orang ambil adik dia...hahaha. Auntie dapat dukung jugak! :-D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepasang lagi kenalan sekolah menengah aku dulu - Akhma & Zaim.
Mereka berdua juga telah menimang cahaya mata sulung!

Majlis resepsi mereka yang aku hadiri pada 18 September 2011 di Dewan Merak Kayangan FELDA, Jalan Gurney.

 
Qayraa Incaa Meidyna - lahir pada 17 Julai 2012, sama la dengan anak Yati Yazid~ So cute!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Another story of my ex-schoolmate - Nina & her husband, Hadzril. Masa depa kahwin, aku tak berkesempatan nak attend majlis resepsi. 1 Januari 2011 kalau tak silap. Sob sob!

 
Sweet tak mereka ni? Memang merpati 2 sejoli. Ikhlas aku kata ni!

Nah! Their first daughter! She was born on 26 May 2012, named as Nur Alfesyahr Syaura!

Super duper comel! Congrates to Nina & Hadzril for their first baby!

And, ada beberapa lagi kawan yang telah menimang cahaya mata lebih awal. Tak ter-update semuanya kat sini. Yang pastinya...jelas terpancar keceriaan di wajah teman-teman bersama 'penyeri' baru, mengukuhkan lagi episod cinta masing-masing. Cewah, macam ayat novel. :-P Alhamdulillah...aku tumpang gembira dan turut mendoakan kebahagiaan aku juga akan menyusul bila tiba masanya nanti. Insya Allah...

#notakaki: Allah knows what's best for us~

Comments

Popular Posts