Barang Lama, Orang Lama!

23-09-12
~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku melapangkan diri follow si dia meninjau gerai jualan barang-barang antik di Amcorp Mall. First time aku jejak ke mall ni. Almaklumlah duduk di pedalaman pinggiran KL kan. Aku tak mahir dengan laluan sana. Area Damansara, Bangsar, Subang memang aku tak pandai. Datang naik LRT Putra je, senang. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai ke depan mall. Macam shopping mall biasa je, masuk-masuk je kami cari kedai makan dulu. Lapar..! Sambil-sambil nak ke kedai makan tu, intai-intai jugak la gerai jualan yang kami nampak. Lepas makan barulah sedap nak berjalan. Kami terjah booth by booth, floor by floor. Memang banyak juga barang-barang lama dijual kat sini, dengan pelbagai harga yang orang takkan percaya. Barang lama pun mahal? Rare beb...mana kau nak dapat lagi dah barang macam tu senang-senang je sekarang ni. Apa pun, still negotiable. Tawar-menawarlah selagi boleh.

Alkisahnya si dia dapat info seorang rakan collector yang agak dikenali di FB - Wiraaz Collezzione - nak turun KL. Orang Penang nak mai KL, jumpa kawan-kawan collector yang lain kat sini. Pada aku dia memang terkenal la di kalangan rakan-rakan collector dengan koleksi-koleksi album artis dan majalah lama yang memang dah macam muzium Arkib Negara. Banyak betul koleksi dia. Dulu aku tak pernah terfikir nilai barang-barang lama ni. Since kenal si dia, baru aku tahu pasal hobi ni. Peminat atau pengumpul barang lama sanggup perhabis duit sebab nak dapatkan benda 'rare' ni. Habislah aku...bila masa si dia nak meminang aku ni...banyak duit habis beli barang lama je ni. Isk isk.

Tengok barangan Coca-Cola ni aku terus teringat kat sorang member nama Jamil. Pengumpul barangan Coke. Boleh juwey katanya.

Okay. Ini la abg Azwira yang diperkatakan itu (kiri sekali). Bersama rakan-rakan collector. Opss..tak semua nama aku ingat. Ni semua kenalan si dia.

 Tak sangka abg Zulkif Headwind pun datang sama. Berbual bicara berkongsi banyak perkara.

 Gelak tawa memecah suasana. Ada perkara yang mencuit hati.

Macam dengar cerita seram gayanya. Serius je masing-masing. Hahaha. :-P

Antara mereka-mereka yang ada sama.

Dah beberapa jam aku kat sana baru aku sedar, aku seorang je bunga kat situ. Adehh. Lain semuanya kumbang. Mulalah aku rasa malu-malu tak keruan kan. Makanya, aku ambil peranan jadi photographer tak bertauliah. Guna hp Nokia X2-02 je, camera 2 megapixel. Not too bad.

Gambar ihsan dari Firdaus (nama FB: Qalqalah Qubra). Dialah yang tak ada dalam ini gambar. Hehe.

#notakaki: Tak ada yang LAMA, maka tak adalah yang BARU.


Comments

  1. dah 3 tahun cerita ni .... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mal pun dah lama tak update blog ni bang! Takde kesempatan dan kemudahan akses. :) Jauh berjalan ye...sampai jugak ke sini. Hehehe!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts