Kenduri 2 Pengantin!

First time aku hadir kenduri dengan 2 pasang pengantin. Tanggal 6 Mei aku melapangkan diri ke Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor untuk meraikan kedua mempelai. Cuaca agak panas pada hari tu, berpeluh sakan la ketiak. Almaklumlah duduk di Malaysia, kalau di London...lainlah cerita, ye dak?

Sehari sebelum majlis ni aku bermalam di Batang Kali sebab ada aktiviti jamming dengan kawan-kawan band pada malam tu. Dua perkara berlaku, betul-betul buat aku rasa hari tu memang bad day aku. Perkara pertama - lampu kereta dan sisi bumper sebelah kiri kereta abah aku pecah dan rosak sebab aku langgar tiang masa nak masuk parking di Carrefour Wangsa Maju sebelum bertolak ke Hulu Selangor. Careless mistake! Sibuk nak tengok troli yang block parking, aku tak aware dengan tiang konkrit yang tunggu nak cium kereta. Dalam hati, apa aku nak jawab kat abah aku ni. Punya ligat + serabut otak fikir macam mana nak cover line cemerlang gemilang dan terbilang. Sampai je di Batang Kali, aku berusaha minta tolong kawan band aku untuk cari bengkel. Dapat tukar lampu kereta je...bumper tak dapat nak selesaikan sebab banyak bengkel + kedai alat ganti tutup sebab cuti umum Hari Wesak. Tak pasal-pasal terbang duit haihh! Perkara kedua - baju kurung hitam yang aku pakai ni kena makan dek seterika yang aku guna di tempat aku menginap. Berlubang sebesar 50 sen! Serabut kepala dibuatnya, tapi aku lalui juga dengan sabar. What to do, kan? Redah pakai jugak baju ke kenduri, dah ini je baju yang aku bawa. Hehe. Malam tu sesi jamming berlangsung di Studio Theory X, Taman Bersatu, Rawang. First time terjah ke studio ni memandangkan studio di Tanjung Malim fully booked. Mujurlah ada kawan yang bagi contact number studio ni.

 Bersama teman-teman baik. Dari kiri: Intan Ayumi, Cik Mal, Dia Ida & Anna Ayin.
Ayu is now mom-to-be! How yeah! Tumpang excited! ;-)

 Aku dan si dia naik pelamin lagi~ :-P

Bersama Cik Azilah~ Selamat engaged pada 3 Jun yang lalu.

Happy tengok orang naik pelamin ni. Boleh nampak air muka berseri-seri. Seri pengantin bak kata orang kan. Apapun, aku doakan moga jodoh dua-dua pasang mempelai ni berkekalan hingga ke hujung nyawa. Aaminn....insya ALLAH.


Comments

Popular Posts