XPDC Gunung Nuang!

26 Mei yang lepas, aku kembali kepada hobi eksplorasi hutan untuk ekspedisi mendaki ke Gunung Nuang yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Macam biasalah, aku follow team kawan baik aku masa tingkatan 6 dulu...yang bekerja bersama anak syarikat Felda. Ini merupakan ekspedisi ke-4 aku bersama mereka-mereka ni. Setiap bulan team ni akan mendaki sebagai latihan, sedangkan aku mendaki bila ada masa free. Almaklumlah banyak hobi, cuti mingguan aku sentiasa terisi dengan aktiviti. Melainkan time aku tengah pokai. Memang aku merehatkan diri kat rumah je walaupun bosan tahap gaban. Hua hua hua. (Pengakuan jujur lagi berani) :-P

Melalui serba sedikit pembacaan aku mengenai gunung ni, puncaknya terletak di sempada antara negeri Selangor dan Pahang, dan Gunung Nuang juga merupakan antara gunung-gunung yang terletak di banjaran Titiwangsa. Gunung Nuang juga merupakan puncak tertinggi di Selangor. Ketinggiannya mencecah 1493 meter (4898 kaki), sememangnya mencabar ketahanan mental dan fizikal pendaki untuk menakluk puncaknya. Aku betul-betul bersemangat nak tebus kekecewaan aku yang tak dapat jejak puncak Gunung Datuk dek kerana masalah gayat. Aku berjaya naik sampai ke batu kedua je, hasrat pendakian ke batu ketiga yang terakhir untuk sampai betul-betul di puncak gunung terpaksa aku lupakan...aku dah tak mampu nak mententeramkan lutut aku yang terketar-ketar tahap maksima! Kempunan aku...wuwuwuuuu...! Kami mendaki menggunakan laluan di Janda Baik, Pahang. Aku difahamkan, ada 2 lagi laluan untuk ke puncak iaitu dari Sungai Pangsun, Hulu Langat dan Kampung Kemensah, Gombak.

Inilah dia awek-awek yang bersemangat nak tawan puncak - antara 7 daripada 11 pendaki dalam ekspedisi.

Acey cey. Amacam gaya aku? Ada nampak bersemangat tak? Hahaha. Knee guard tu aku pakai bukan sebab nak stylo mylo ke apa, tapi disebabkan lutut kiri aku yang bermasalah sikit.

Okay! Bersama kawan-kawan dan paling kanan tu Inche Amer, team leader KOYAK Adventure! :-P

Gambar-gambar lain sepanjang xpdc aku upload di FB. Ada 143 gambar kat sana, yang terpilih je aku letakkan di blog. ;-)

Hahaha. Muka excited! Nafas berlumba-lumba nak keluar ikut hidung, sedaya upaya juga senyum control ayu. :-P

Sejenis spesis kulat yang menarik perhatian lens kamera aku. Apa ke namanya aku pun tahu. Tak buat research lagi. Hehehe.

Setelah berpenat lelah, jumpa air terjun~ Syiokkk wooo....! Sampai cramp kaki aku sebab galak sangat nak amik gambar air terjun ni~

Antara penemuan-penemuan lain di sepanjang pendakian: Ulat gonggok besar & pisang hutan~

Ini bukan cobaan ya. Muka nampak je macam tak penat, tapi...FUHHHHH!!!

Part ni, bermula perjalanan yang sedikit sukar...mencabar kelemahan utama aku iaitu GAYAT. Ada satu lagi part yang tak dapat aku rakamkan dengan lens kamera aku sebab aku berusaha keras menenangkan lutut dan mengimbangkan badan aku. Silap langkah, jatuh gaung la jawabnya. Memang tak ada tempat kukuh untuk aku berpaut. Cuma kawalan minda yang dapat aku gunakan supaya aku tak gagal!

Sepanjang pendakian, kami 1 team TERpecah kepada 3 group. Group pertama memang laju jalannya, stamina agak fit dengan saiz badan yang kecil molek. (Faktor yang mempengaruhi ke tu? Hehehe.) Aku berada dalam group kedua - bersama kawan baik aku si A'ai a.k.a Kay di kalangan teman sepejabat - dan 3 lagi kenalan. Kami bertolak dari kaki gunung lebih kurang jam 10 pagi dan menjangkakan sampai di puncak sekitar jam 3 petang sebab banyak kali stop. Group aku sampai lewat 15 minit daripada group pertama. Kira oklah.

"Nak dekat dah ni...langit dah cerah dah ni.." Antara kata-kata penyuntik semangat sepanjang perjalanan. Kelakar...masing-masing nak sedapkan hati dalam kepayahan bergelut dengan mental fizikal.

Horayy! Percaya atau tau...puncak Nuang telah ditawan! Alhamdulillah...misi berjaya~

"Akhirnya....kini pasti...!" Tak semena-mena aku dengan seorang lagi kenalan sama-sama nyanyikan lagu Anita Sarawak bila dah ternampak kelibat orang. Excited! Terasa bebanan tu hilang macam tu je. Lega dan puas hati. Senyum sampai ke telinga. Hehehe.

Pose terakhir sebelum turun~

Nak dijadikan cerita, di permulaan perjalanan turun...aku agak cergas dan bersemangat. Tapi pada satu tahap, aku rasa lutut aku dah goyah dan mulalah perjalanan aku yang beransur lambat. Daripada group pertama, aku berada dalam group kedua dan akhirnya aku tertinggal bersama group terakhir. Masalah pada lutut kiri yang berlaku sejak berbulan-bulan yang lalu dah mula nak naik hantu. Makin aku tahan, makin aku sakit dan akhirnya aku terima bantuan team leader dan seorang lagi kawan untuk balut bandage pada lutut. Knee guard yang aku pakai tu pun tak ckup grip, plus benda tu aku pakai di luar seluar. Ini perjalanan ekspedisi yang paling panjang yang pernah aku rasa dan membawa sampai ke malam. Kami turun dari puncak gunung sekitar jam 4.30 petang, dan kami group yang terakhir sampai di gazebo sekitar jam 10.15 malam. Takkan aku lupa pengalaman ni. Walaupun sukar dan sedikit menyeksakan, perjalanan pendakian ni aku anggap tak ubah macam perjalanan dalam hidup aku sendiri.Tekanan pada kaki sepanjang perjalanan turun tu memberikan hadiah kenangan buat aku. Lebam pada kuku kaki kiri tu masih kekal sampai ke hari aku taip entry ni. Hehehe.


 Gambar sehari selepas mendaki~ (Sampai kaki pun nak masuk blog. Wahaha!)

 Gambar sebulan selepas mendaki. Hitam terus kuku!

Dek kerana masalah lutut yang berlaku, aku menolak pelawaan untuk mendaki Bukit Kutu di Hulu Selangor pada 16 Jun yang lalu. Nak sangat pergi sebab ekpedisi yang aku ikuti tahun 2006 dulu tak sampai ke puncak atas faktor waktu. Masa tu aku follow team jurulatih aku mengiringi pelajar-pelajar dari IKM Bangi. Kali ni tak follow bukanlah sebab dah serik, cuma perlu rest la sekejap. Andai diizinkanNya...satu hari nanti aku kembali bereksplorasi. Insya Allah. Aku pun belum dapatkan rawatan susulan berkenaan lutut ni. Akan diusahakan kemudian. Muda-muda dah ada masalah lutut, risau juga dibuatnya. Hiperaktif sangat!
#notakaki: Tengok drama lakonan Aqashah yang tengah ditayangkan di TV3 sekarang ni, buat aku rasa teringin sangat-sangat nak naik Gunung Kinabalu. Mungkinkah?


Comments

Popular Posts