Tribute To Rock Legend~

Huiyoooo...lamanya aku tak hapdet blog! Ni gara-gara external hard disk aku yang tak boleh di-akses la ni. Virus punya hal, beratus-ratus gambar aku baru dan lama tak dapat diselamatkan. Ralat betul bila teringat. Baik pakai pendrive je. Hampeh~

Nak recall aktiviti pada 1 Mei lepas, berlokasi di Dewan Auditorium MPAJ. Rock gathering bersama kenalan FB yang tegar dengan minat kepada muzik rock ni. Aku? In frankly speaking, am just a follower. Bila free, aku join la. Hehe. :-P Tribute To Rock Legend bersama band + pemuzik, wajah baru dan lama bersatu atas pentas. Antara yang sempat jumpa di sana -- Hassan Babylon, Burn Crossfire, Man Junction, Joey BPR, Cha'a Def Gab See dan lain-lain.

Peristiwa pada malam sebelum nak ke MPAJ tu -- hari hujan! Aku ni dah la rabun malam, kena drive dalam hujan pulak tu. Disebabkan tu la aku terpisah dari 2 lagi kereta kawan yang konvoi sama. Memang tertekan gila masa tu. Huarghhhhh!!! (lebih kurang macam ni la tension-nya) :-P

Lepak minum sat sementara tunggu kereta lagi satu sampai~


Bersama kawan-kawan yang hadir~ *photo from Juna*

Masa show break~ *photo from Juna*


Sempat bergambar kenangan bersama brader Joe~ *photo from Juna*


Poster show!

Gambar-gambar lain ada di album FB. Mujurlah aku dah upload dulu kat sana, sebelum external hard disk aku buat perangai. By the way, cuma satu benda je yang aku tak berapa berkenan masa show tu berlangsung. Sound effect tak berapa sedap di telinga. Rasa macam nyanyi terpekik-pekik je masing-masing. Asal boleh je. Bingit telinga. Aku tak pasti keadaan dewan MPAJ tu ke atau faktor-faktor lain yang jadi punca keadaan sound yang tak berapa smooth masa tu. Dan...dan...aku tak nak komen lebih-lebih memandangkan show ni dah lama berlalu, cuma sekarang aku baru nak update. Cuma aku harap...Tribute To Rock Legend Part 2 will be much better than the first one. We'll see. Apapun, gorengan Mad Noh Hendrix malam tu memang ditunggu-tunggu.



Comments

Popular Posts