Live Band Story!

Lama juga aku tak menyanyi dengan live band di kenduri. Seingat aku akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011, aktif juga ke Hulu Selangor bersama Galaxy Band. Pembabitan yang tidak dirancang. Tak pernah terfikir, tak pernah menyangka boleh terjun dalam bidang nyanyian ni. Sekadar aktiviti masa lapang. Jemputan kali ni, Galaxy Band bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Selangor bergandingan bersama memenuhi jemputan kenduri kahwin berlokasi di Taman Seri Serendah, Rawang, Selangor -- 29 Disember 2012.


 Halim - Male Vocalist


Lagu dendangan Halim - Judul Kenanganku (Jeffrydin). Irama 60-an.

 Abang Ali - emcee + backup singer

 Guitarist - Zack Batang Kali

 Yang main jeling2 tu bassist - Asmadi. Juga male vocalist dalam Galaxy Band.

Drummer - Lolan & Keyboardist - Sham

Mana gambar aku? Disebabkan aku ni jurugambar tak bertauliah, maka tiadalah gambar aku dalam ini cerita. Hehee.

Di awal pembabitan aku bersama Galaxy Band. Bermula Oktober tahun 2010. Syukur dipertemukan dengan kawan-kawan yang humble. *Oh, kurusnya aku time ni. Baru putus cintalah katakan.

Video pertama aku join Galaxy Band. 16 Okt 2010. Nervous tak hengat! :-P Di sinilah aku bermula.

Doa Buat Kekasih - Galaxy Band

#notakaki: Kepada orang awam atau mana-mana badan organisasi yang inginkan live band kami - GALAXY band - atau perkhidmatan karaoke di kenduri kahwin atau majlis-majlis rasmi, sila hubungi 017-3906630 (Madi Galaxy) atau 017-2855900 (Zack Galaxy). Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Comments

Popular Posts