Artwork: Handmade card!
Setelah bertahun-tahun lamanya bakat tak seberapa terkubur, di usia 26 tahun aku cungkil-cungkilkan semula. Kalau tak silaplah...last time aku buat kad sendiri ni masa tingkatan 4 untuk Kelab Usahawan Muda sekolah. Masa tu aku dan seorang lagi kenalan dipertanggungjawabkan untuk buat kad dan jual sempena hari-hari tertentu di sekolah. Waahhh...gitu. Tapi kenapa begitu lama terkubur ya?
Tak guna cerita banyak. Mari aku tunjukkan apa yang dah aku 'kerjakan'.
Kertas-kertas yang aku beli secara timbang. Tema warna pilihan: Coklat + cream.
Antara bahan-bahan yang diperlukan. Benang tebal tu untuk hiasan.
Tadaaa...! Hasil terakhir 90% siap! ;-)
Potong sana, potong sini. Ini je la idea yang terhasil. Mungkin orang lain lebih kreatif. Apa pun, aku puas hati sebab hasilkan sendiri kad untuk hari lahir 'si dia'~~
#notakaki: Ikhlas dari hati. Buat dengan penuh perasaan!
Comments
Post a Comment