Drama Setia Ke Hujung Nyawa: My Comment!


Drama Slot Akasia di TV3 yang mula mencuri perhatian ramai orang untuk menonton. Tapi aku tak follow dari mula ia ditayang pada 24 Disember 2012, terjebak tengok sekali sekala bila mama aku dan adik perempuan aku tukar channel 103 tepat jam 7 malam. Aku pun bukan drama lover, selalunya drama yang menarik minat aku je buat aku tak miss episod, melekat depan tv. Drama ni kurang menarik minat aku la. Kenapa agaknya ye?

Watak Zain yang dipegang Amar Asyraf. Ni pendapat aku ye. Hmm...muka kategori ada rupa, tapi...lakonan dia pada aku nampak kebudak-budakan dan 'kureng' menyengat. Watak Ersalina yang dipegang oleh Nelydia Senrose pula...pada aku okay, tapi tak konsisten sangat wataknya. Cute memang cute la. Yang watak ex-bf El si Ikram tu pulak...sweet je, hahaha...ketara gila muka budak-budak. Tang dia senyum, memang aku suka. Hehehe. Ikut cerita memang diorang baru habis SPM kan...kena sangat la. Kalau watak Zain tu diambil watak yang lebih matang, pada aku nampaklah sikit kontranya. Macam siapa ye...hmmm...macam...Aaron Aziz? Mesti ramai bangkang, asyik AA je nak masuk drama, kan kan? Kang ramai pulak golongan suami merungut disebabkan para isteri angaukan AA. :-P

Walaupun tak follow kesemua episod, aku dah baca sinopsis dalam internet. Drama adaptasi novel karya Fatin Nabila dengan judul yang sama - Setia Ke Hujung Nyawa. Yang pastinya, stereotaip cerita tu tetap ada. Perbezaan darjat orang kaya dengan tak berapa nak kaya. Tapi, dalam tak menyengat lakonan si Amar tu pun...mendatangkan emosi jugak la bila dia layan isteri dia macam sampah. Bila tengok muncung-muncung mulut dia maki si El, ada juga perasaan nak tampar mulut dia. Cara maki macam budak-budak mentah. Over tak, over tak?


Dalam hati aku terdetik, ada lagi ke lelaki 'suci' pada masa sekarang ni bila kedaraan si gadis diperbesar-besarkan? Kecoh sangat macam dia tu suci fikiran, suci perkataan dan suci perbuatan. (Undang-undang Pengakap yang ke-10. Harap maklum.)

Credit to Bila EizzaraEizzaty Ke Dunia Novel : http://eizzara-eizzaty.blogspot.com/2012/05/novel-setia-hujung-nyawa.html

Tagline "Tidak ada insan suci yang tak punya masa silam, tidak ada insan berdosa yang tak punya masa depan" menarik minat aku. Dalam dunia akhir zaman ni, yang bertutup litup pun menyimpan kisah. Jangan kita jadi 'hakim dunia' untuk tentukan dosa-pahala manusia lain. Doakan yang terbaik untuk perubahan diri sendiri ke jalan yang diredhai Ilahi.

#notakaki: Biasanya mama aku cepat-cepat ke kedai buku untuk dapatkan novel popular, tapi katanya stok novel tak ada. Disebabkan drama ni, ramailah yang menyambarnya.


Comments

Popular Posts