My Life Has Just Begins~


Don't really know what to think, what to write. Don't really have the idea. Rezeki aku dengan Astro telah aku tolak pada saat-saat akhir. Kenapa? Aku tak mahu menyesal. Semuanya telah ditakdirkan dan aku akan terus meniti hari dengan cerita baru. Aku percaya dengan takdirNya, apa yang berlaku dalam hidup pasti tersirat hikmah di sebaliknya.

Sesekali meneliti perjalanan hidup. Mengimbau segala kenangan dari kecil hingga dewasa. Perjalanan hidup semasa zaman kanak-kanak berlangsung dengan baik. Diikuti dengan zaman remaja, zaman yang begitu manis dalam sejarah dan akhirnya menuju ke alam dewasa. Tanggal 2 Mei 2010 genap usia aku 24 tahun. Sedar tak sedar, sudah 24 tahun Allah mengizinkan aku bernafas di bumiNya ini. Alhamdulillah. Aku masih mencari hala tuju yang tetap dalam hidup, sejak aku tamatkan pengajian pada November 2009. Orang kata perjalanan aku baru nak bermula, tapi aku rasa aku cukup ketinggalan daripada teman-teman lain yang sudah lama berkerjaya dan ada yang sudah melayari alam rumah tangga. Aku cemburu. Ya, memang aku cemburu.

Waktu aku di usia 17 tahun, aku selalu membayangkan bagaimana diri aku pada lima tahun ke hadapan. Kini, aku membayangkan usia aku pada lima tahun akan datang...bagaimana kehidupan aku pada usia 29 tahun nanti? Berjayakah aku? Gagalkah aku? Aku masih tercari-cari arah, untuk aku membina tapak yang kukuh dalam hidup. Sukar menerima kenyataan, bahawa aku masih belum mampu membuktikan pencapaian aku kepada keluarga tercinta. Adakalanya terasa diri tidak berguna. Begitulah rentak hidup aku, ada pasang surutnya.

Yang pastinya alam dewasa bukan mudah untuk ditempuh. Menuntut pengorbanan dan kudrat. Aku perlu berusaha keras mendapatkan pekerjaan. Aku perlu berkorban untuk mendapatkan sesen wang. Aku perlu bersungguh-sungguh untuk membahagiakan keluarga...dan aku perlu positif untuk aku dapatkan apa yang diingini.

Mungkin benar, perjalanan hidup sebenar aku baru nak bermula...

Wisdom quotation:
"If you don't like something change it; if you can't change it, change the way you think about it."
- Mary Engelbreit

Comments

Popular Posts