Kisah dari Kelantan!

Ohhooo. Malam ni aku rajin nak taip 2 entry. Aku punya blog, tak kisahlah berapa kali nak taip pun, kan..kan? :-p

Cuti Tahun Baru Cina tahun ni aku dan famili balik kampung. Sangat luar biasa sebab kami biasa balik time raya puasa aje. Mesti ada hal yang parent aku perlu diuruskan. Aku tak membantah, malah aku suka. Ho hey hoo!

On the way to Kelantan!

Ahah! Pernah dengar pasal air terjun ni?

Setiap kali balik kampung mesti lalu depan laluan masuk ke Air Terjun Gunung Stong (Aku tak pasti kalau ada laluan masuk yang lain). Dari Gua Musang, melalui Jelawang-Dabong dan tembus ke Jeli sebelum sampai ke kampung mama aku (Keadaan jalan raya sebelum sampai ke situ sangat teruk ok. Dah bertahun-tahun macam tu!). Tahukah anda bawa air terjun ini merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara? Aku teringin juga nak jejak ke sini. Itu pun kalau ada rezeki dengan kenalan aku yang gemar mendaki. Kalau free dan keadaan mengizinkan, bolehlah join. Boleh refer kat link ni pada yang berhajat nak mendaki Gunung Stong --> http://www.kesedar.gov.my/gunungstong;jsessionid=CD26847A233801092086578E94461689.

Gunung Reng.

Satu lagi gunung yang ada di jajahan Jeli -- Gunung Reng. Masa kecik-kecik dulu, aku selalu dibawa ke gunung ni dan aku suka baca sejarah kewujudan gunung ni. Susah nak dipercayai kalau ikut logik akal, tapi aku percaya dengan balasan atau petaka yang Allah datangkan untuk kemungkaran yang berlaku. Untuk sejarah ringkas mengenai Gunung Reng --> http://cutimalaysia.my/forum/gunung-reng/t780 . Gunung ni terletak di tempat kelahiran ayah aku di Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

 Rumah opah. Kecik2 dulu selalu 'dibawa' balik duk di kampung. ;-)

Port melepak. Opah dah kasi chantek. Best kalau dapat layan gitar kat depan ni.

Ok...apa yang menariknya kampung aku ni? Hmm...tak tahulah nak cakap macam mana, tapi apa yang boleh aku katakan...aku memang suka dengan suasana kampung yang aman, damai dan indah permai. (Perghh..boleh menangis terharu cikgu BM aku dulu kalau baca ayat karangan aku ni. :-p) Rumah papan sederhana besar...ada beberapa bahagian rumah yang dah diubahsuai oleh opah (opah upah orang tolong buat), siap bersimen. Waktu siang memang panas macam sauna...berpeluh sakan, tapi malamnya memang sejuklah. Paling aku suka waktu hujan. Bunyi hujan lebat yang menimpa atap zink tu la ubat aku tidur!

Makanan untuk minum petang. Kuih apakah ini?

Nak dijadikan cerita, mama aku secara tak sengaja memperkenalkan aku dengan kuih koci 'versi Kelantan'. Tahu tak apa yang menariknya dengan kuih ni sampai aku 'TERJATUH HATI'? Intinya ialah kacang merah! Setahu aku kuih koci ni intinya kelapa. Memang kuih-muih yang berintikan kelapa ni aku tak berapa minat. Tapi...kuih koci inti kacang ni betul-betul bagi penangan! Esok lusanya aku cari lagi tapi tak jumpa pulak dah. Huuu...punya frust! [Yang dalam plastik tu kuih lompat tikam]

Menu makan tengah hari di hari kedua kami di kampung.

Bila balik kampung, secara automatiknya mama aku bertindak sebagai 'masterchef'. Dialah ketua dapur. Tapi, memandangkan hanya kami berlima aje yang balik bercuti di kampung tanpa saudara mara yang lain, mama aku masak sempoi je. Budu dan ulam wajib ada. Cuma main dish mama aku nak buat ayam bakar percik. Akulah tukang bakar. Punyalah tak penyabar, naik hitam ayam aku! :-p

Pernah tengok ulam ni?

Satu lagi benda yang aku baru kenal. Oh, kesiannya aku. :-p Ulam di atas, macam daun semalu yang dah kuncup, kan? Aku siap tanya mama aku, "Eh, pokok semalu pun buat ulam ke?" Mama aku nafikan, katanya itu bukan daun semalu. Mama aku tak ingat orang di KL gelarkan apa, mama aku sebut dalam bahasa Kelantan -- pucuk 'gemey'. (Aku tak pasti nak eja macam mana). Sempatlah aku post kat Facebook, mujur ada kawan yang sudi share info. Rupanya inilah daun pucuk tangki. Aku baru kenal!

Kami bosan, maka kami buat sesi photoshoot dengan monyet opah aku. :-p

Inilah monyet yang baru dibela opah aku. Siti namanya. (Glemer tak?)

Oh. Berkenaan monyet opah aku ni, tak ada apa yang nak diceritakanlah. Agak garang jugak monyet ni. Cuma aku ada sejarah hitam dengan beruk opah aku masa aku kecik-kecik dulu. Kena serang, parutnya sampai sekarang kekal kat tangan aku ni. Dasar beruk! Huhh'

 Membeli barang yang dikirim makcik-makcik aku di KL~

Lokasi: Pasar Besar Tanah Merah

Hari keempat, kami satu famili jalan-jalan dari Jeli ke Tanah Merah. Adalah dalam sejam perjalanan, lebih kurang. Singgah di Pasar Besar Tanah Merah beli apa yang patut. Target aku nak cari kuih koci! Tapi tak ada...arghhhh! Kenapalah tak ada waktu aku sangat mendambakannya? Aku sudah 'angau' sama kamu! Dalam waktu yang sama...aku terjumpa 'etok'. Sejenis kekerang yang disalai, aku tak dapat nak ambil gambar sebab aku tak beli benda tu. Segan dengan makcik yang menjual, kang dia ingat aku pelancong pulak. Hehehe. Terasa nak beli tapi tak yakin boleh habiskan sebab 'bau' dia. Dulu kecik-kecik aku boleh tahan dengan bau dia, siap makan lagi...tapi dah besar panjang ni memang gagal. Hehe. Korang google-lah sendiri ye. ;-p

 Dari atas jambatan.

Adik aku dah sibuk cari angle.

Aktiviti petang di hari terakhir percutian kami di kampung, kami satu famili terjah sungai. Lata Turbo menjadi tempat persinggahan. Nampak je air cetek tapi deras. Kalau air dari Empangan Hidroelektrik TNB Pergau dilepaskan, mau hanyut segala macam yang ada. Plan nak naik ke bahagian atas jeram, tapi tak berani. Sudahnya setakat main-main air dan ambil gambar.

 Close up!

 Err...motif?

Puteri sungai? Ekekeke...


Acey cey...komain lagi aku test skill~

Rasanya..ini aje yang dapat dikongsikan! ;-)

#notakaki: Part paling best bila kat kampung opah aku ialah gangguan misteri di waktu malam. Wuuu...sangat seram dan mencabar ok! Aku tak nak cerita apa-apa!


Comments

Popular Posts