Tahun Baru 2012!

My first entry in 2012~

Aktiviti weekend yang lalu aku melapangkan diri bermalam di rumah kawan baik aku -- Linda & Liyana. Tak sangka pejam celik pejam celik...rupanya dah 12 tahun kami berkawan. Alhamdulillah, kami masih berhubung dan bertemu bila ada kelapangan. Ceh...macam ayat karangan da. Hahaha. Di malam tahun baru, kami bersiar-siar atas jalan dan berhenti sekejap di bawah flyover berhampiran SK Padang Tembak di Jalan Semarak untuk melihat bunga api dari KLCC dan Menara KL. Ohhh...serius...! Ayat aku macam karangan penulisan UPSR! XD

 Sempat layan Tutti Frutti sebelum merayau atas jalan raya. Terbang RM25.00++!!

 Bawah flyover. Tunggu fireworks. Tengok dari kejauhan. Ramai woo lepak atas dan bawah flyover ni.

Me and my besties~~

Esoknya kami telah ke Melaka untuk menikmati seefood. Ke mana? Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Jom jalan-jalan~~

Sebelum makan...cantik je nampak. Lepas makan...ish, ish, ish....

 Pemandangan tenang di muara Sungai Duyong~

Layan perasaan ka? 

 Cuci mata sebentar di Jonker Street. Kali kedua aku jejak sini, tapi kali pertama aku datang malam~

Bergambar lagi sebelum balik~

Berapa bintang nak bagi ye? Hmm...aku pernah makan seafood di Umbai dan Tanjung Harapan, dan aku rasa yang dekat sana lagi sedap. Terpulanglah kalau yang pernah ke sini kata sedap...tapi, kureng 'kick' lah pada aku. So, aku bagi 2 bintang je. Hehe.

#notakaki: Sebetulnya aku tak pernah sambut malam tahun baru. Ini pun dapat jugalah peluang jalan-jalan santai dengan kawan-kawan baik aku. Kebanyakan masa kami berbual dalam kereta aje. Kalau iya pun dapat celebrate tahun baru, apalah yang boleh dibanggakan sangat ye?


Comments

Popular Posts