Drama Tentang Dhia~

 Opps. Masih ingat lagi dengan drama ni?

Slot Akasia TV3 memulakan siaran drama Tentang Dhia pada 9 November 2011 dan telah tamat episod terakhirnya pada 29 Disember yang lepas. Aku bukanlah suka sangat menonton tv...tapi drama ni buat aku 'melekat' depan tv ni hingga ke penghujung episod. Tak sangka drama ni 'meletup' sekejap macam drama Nora Elena dulu. Apa yang menariknya?

Pada aku, kekuatan cerita ni pada jalan ceritanya yang tersusun (of course la tersusun kan, takkan tunggang terbalik). Maksud aku, ceritanya teratur seiring dengan permainan emosi yang cuba disampaikan kepada penonton. Ditambah pula dengan kewibawaan pelakon-pelakon yang menjayakan watak masing-masing dengan baik. Lakonan mantap dari Nora Danish (Kamadhia a.k.a Dhia), Ako Mustafa (Azmi), Izreen Azminda (Melina a.k.a Melly), Adi Putra (Zikir), Irfan Roslan (Raffi), Liza Abdullah (mak Zikir) dan beberapa pelakon tambahan yang lain. Paling aku suka, sebab watak utamanya yang bertudung dan drama ini juga banyak menekankan aspek kerohanian/islamik, terutamanya mesej solat sebagai pendinding terbaik dari perkara-perkara jahat. Itu yang membuatkan aku cukup minat dan setia dengan drama ni sehingga ke akhirnya. Sangat berbeza dengan drama-drama Melayu sebelum ini yang banyak memaparkan kehidupan orang kaya.

Cuma, rasa ralat dengan pengakhiran episod di mana tiadanya babak 'pembalasan' yang diterima oleh mak mertua Dhia dan adik ipar Dhia yang banyak menyakitkan hati Dhia. Sedangkan, dalam satu episod, watak kecil yang ada terlepas kata kerana tersebutkan secara tak sengaja perkara mati sekiranya terlihatkan Melly dimakbulkan serta merta. Sedahsyat-dahsyat watak seperti mak Zikir tu tak diberi pembalasan sewajarnya. Kenapa pengarah tak buat? Itulah yang ditunggu-tunggu penonton bila dihambat rasa 'geram' menyaksikan penganiayaan emosi ke atas Dhia sehingga sanggup dibomohkan Dhia dan anak lelakinya sendiri supaya mereka berpisah. Bukan itu sahaja, wanita pilihan mak Zikir turut dibomohkan supaya kekal setia dengan Zikir. Rasanya bukan aku sekorang yang terkilan pasal benda ni. Ramai yang complaint, berdasarkan komen fb yang ikuti sepanjang drama itu bersiaran. Memang rata-ratanya update pasal drama Tentang Dhia. Watak mak Zikir paling mendapat perhatian dek kerana sikap busuk hatinya yang terlalu bencikan menantunya. Salute to Liza Abdullah, orang benci maknanya lakonan hidup! Begitu juga dengan watak Melly yang menjengkelkan penonton...kadang-kadang rasa nak sekeh je bila melihatkan 'kegedikan' dan sifat busuk hati dia terhadap Dhia. Terbaik...tahniah buat kedua-dua pelakon hebat ini. Moga nama dan bakat terus bersinar di persada lakonan.

 Salah satu komen yang 'geram' atau tak puas hati~ :-)

Watak Dhia yang dibawa Nora Danish turut menarik minat aku. Sejujurnya aku tak pernah ada rasa minat dengan lakonan Nora Danish sebelum ni. Yang perempuan puji dia comel, yang lelaki kata dia manja. Aku tak pernah berkenan bila tengok lakonan dia dalam sitcom Puteri. Tetapi, Nora Danish telah membuatkan aku tabik spring kat dia untuk drama Tentang Dhia ni. Watak tu sangat sesuai dengan sifat lemah-lembut, wajah comel dan suara manja dia. Lelaki mana yang tak jatuh hati kan...tambah pula dengan watak bertudung. Sejuk je hati. Thumbs up untuk Nora Danish!

Hanya 3 watak yang aku berkenan dalam drama ni. Watak Zikir? Pada aku biasa-biasa aja penangannya. Ada juga aku terbayangkan kalau Aaron Aziz yang bawa watak tu. Haihhh...ini pendapat peribadi ni. Hehehe. Mesti lagi meroyan wanita-wanita yang menjadi penonton setia drama tu. :-)

Dalam cerita ni juga banyak dipaparkan kepercayaan bangsa Melayu dengan peranan bomoh untuk 'mengenakan' pihak yang dibenci. Sihir, santau...perkara-perkara ni nampak kolot dan mengarut tapi memang ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Kebenaran realiti ini digarapkan dengan sempurna dalam drama Tentang Dhia. Babak paling menggemparkan, bila mana watak Dhia mati di pertengahan episod membuatkan penonton musykil. Dan, siapa sangka, Dhia yang telah dikafankan hidup semula setelah 'dirawat' oleh ustaz yang menyedari kewujudan 'anasir halus' di sebalik 'kematian' Dhia. Aneh bunyinya, kan? Sama ada benar-benar wujud dalam masyarakat atau pun tidak, tidak dapat dipastikan. Yang nyatanya 'kejutan' ini cukup-cukup menarik. Syabas buat pengarah dan penulis skrip Tentang Dhia-- nyatanya pengarah seakan sengaja mahu penonton bayangkan sendiri kesudahan drama ini. Tapi, memang tak syoklah! Tak puas hati!

 Babak Dhia 'meninggal dunia'~

Berikut merupakan link untuk sinopsis ringkas drama Tentang Dhia, dari blog Encik Nakal --> http://www.enciknakal.com/2011/11/drama-tentang-dhia-slot-akasia-tv3.html. Yang belum menonton, patut tonton drama ni. Aku berhajat nak beli VCDnya jika diterbitkan nanti.

#notakaki: Yang bertudung belum tentu baik, yang tak bertudung tak semestinya tak mahu jadi baik. Jangan prejudis dan cepat menjatuhkan hukum dengan statement-statement sinikal. Ingat, kita bukannya sempurna dan maksum. Sama-sama kita muhasabah diri. Jaga niat, jaga tutur kata. Satu jari kita tuding, 4 jari lagi kembali pada kita. Doakan yang baik-baik untuk orang lain, insya ALLAH kebaikan tu datang pada kita tanpa kita sedari~~


Comments

Popular Posts