Konsert Raja & Ratu Rock: Awie & Ella~

Pertama kali di tahun 2012 aku menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk persembahahan konsert dari 2 penyanyi yang aku minati -- Awie & Ella. Dalam episod 2011, 4 konsert di IB telah aku terjahi (ayat skema). :-p Konsert kali ni yang dianjurkan oleh syarikat produksi di bawah naungan Hans Isaac -- Tall Order Production -- telah menemui peminat-peminat setia Awie dan Ella bermula 12 Januari 2012 sehinggalah ke 15 Januari 2012. Siapalah yang tak kenal Awie dengan Ella ni...hatta makcik-makcik, pakcik-pakcik pun kenal. Aku telah menjejaki hari terakhir konsert untuk menyaksikan persembahan dua insan yang telah bertapak kukuh sebagai ikon muzik rock di negara ni. Since dapat tahu Ella akan digandingkan dengan Awie dalam satu konsert, awal-awal dah beli tiket. Takut habis! :-p Dan, Edrie Hashim telah dipertanggungjawabkan memikul peranan sebagai pengarah muzik untuk konsert ini. Rambut rebondingnya jadi point gurauan Awie malam tu. :-D

Poster promo~

Ini kali ketiga aku menyaksikan persembahan Awie secara live, dan merupakan kali pertama aku menonton persembahan live Ella. Walaupun gaya Ella tak sama macam dulu, dia tetap menjadi sebab utama aku excited sangat nak ke konsert ni. Apa pun, kedua-dua penyanyi ni tetap membawa satu impak dalam kenangan perasaan aku. Cewah.

Tiket konsert~

Awie sememangnya 'fofular' dengan perangai gila-gila dan suka melawak atas pentas. Memang macam-macam aksi kelakar spontan selamba Awie pada malam konsert tu. 2x aku tengok Awie perform live, dia memang pandai berkomunikasi dengan penonton. Ella kurang berkomunikasi malam tu, but she's so energetic. Looks younger than her age! Honestly, aku tak sangka umur Ella beza 3 tahun muda dari umur mama aku. Maintain 'remaja' gitu. My mama pun steady lagi, macam lewat 30-an lagi. ;-)

Aku hanya menikmati kemuncak persembahan waktu Awie dan Ella menyanyikan medley lagu-lagu popular mereka sekitar tahun 80-an dan 90-an. Antara lagu-lagu medley tersebut -- Sembilu, Cinta Selembut Sutera,  Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Baldu Biru, Nostalgia Cinta, Ukiran Jiwa, Di Penjara Janji, Tiada Rahsia Antara Kita, Di Bayang Awan, Di Ambang Wati, Bara. Kalaulah semua lagu-lagu ni diberi keutamaan dan bukannya dijadikan medley, aku rasa lagi bermakna. Sesungguhnya aku ter-menggilai suara 'macho' Awie bila dia mendendangkan lagu-lagu hits tu. 'Ter' okay...tak niat nak menggilai pun. Hehehe. Ella pun tak kurang hebat, masih kekal dengan suara rocknya yang semakin manja itu. That's her new style, apa pun aku masih meminati penyanyi kecil molek ni. Lagu terakhir didendangkan ialah lagu Awie berjudul Terima Kasih dan semua penonton diajak berdiri dan berhibur sama.

Tapi...satu kejutan juga bila mana tiada sesi bertemu peminat sebaik sahaja tamat konsert. Waktu tu juga aku perasan, backdrop konsert atau banner pun tak ada (dekat luar di ruang legar IB). Mungkin ada tapi aku tak perasan? Almaklumlah aku tiba lewat sebelum persembahan malam tu, biasanya datang sejam awal dan bergambar sebelum masuk panggung. Ini...sampai-sampai terus ready ke pintu masuk panggung. Sempat singgah restroom aje. Kenapa 'sempoi' sangat konsert kali ni? Kurang budget je? Sehingga ke hari entry ni ditaip pun, aku masih tak dapat lupakan rasa 'ralat' malam tu. Nak sedapkan hati, aku memujuk hati."Tak apalah, nasib baik beli tiket paling murah."

Konsert yang aku hadiri di IB tahun 2011, Fransisca Peter...Alleycats...D'lloyd...semua show tu ada sesi bertemu peminat di luar pintu masuk lepas tamat persembahan. Masa Konsert Wings and Superfriends dan terkini Konsert Ella-Awie ni memang tak ada sesi bertemu peminat. Artis yang lebih senior pun sudi luangkan masa jumpa peminat. Aku hairan. Kenapa ye? 3x hasrat nak jumpa, nak bergambar dengan Awie tak kesampaian ni. Mungkin dah muak kot jumpa peminat?

Aku sempat mengintai YouTube sebelum mengikuti konsert ni. Aku rasa konsert Awie & Wings dekat Orange Club time ni lagi best. Sebabnya? Lagu-lagu hits tak patut dibuat medley...tak sempat nak feel!



Seperti yang aku cakap awal-awal tadi, aku nak sangat tengok Ella perform live. Tapi, lepas apa yang aku tengok kali ni...tak berapa mengikut kehendak aku. (Ada macam VIP tak bunyinya? Haha!) Aku teringin nak layan moment konsert Ella macam yang ini:

Mana la nak dapat lagi moment macam ni kan?

Apa pun, syabas kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung dalam usaha menggandingkan Ella & Awie dalam satu persembahan ni. Setidaknya dapat jugalah tengok Ella nyanyi live.

#notakaki: Tak ada yang lama, tak wujud yang baru. Tak ada peminat setia, penyanyi takkan maju~~


Comments

Post a Comment

Popular Posts